TERKINI :

Friday, March 18, 2016

Sekarang UMNO pula boleh minta PRESIDEN PAS berundur


Saya menyangka bahawa PAS mempunyai kekuatan tersembunyi apabila Datuk Seri Haji Hadi Awang menghebahkan rancangan untuk suatu kerjasama politik dengan parti politik pembangkang dan NGO.

Tetapi debaran dan keghairahan rakyat menunggu pengumunan itu runtuh dalam kekecewaan dan pandangan rendah sebaik sahaja diumumkan kerjasama itu ialah antara PAS dengan IKATAN sebuah parti yang tidak ternama, yang boleh dikatakan tidak mempunyai pengikut malah integriti pimpinannya menjadi persoalan masyarakat khususnya ahli dan pemimpin UMNO sendiri yang pastinya tersenyum kambing dengan pengumuman itu.

Dari sebuah parti yang dianggap berwibawa untuk membawa mesej perpaduan Islam dan Melayu tetapi sekarang telah hilang kekebalannya imejnya ini yang jelas ketika bersendirian.

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bukan Anwar Ibrahim yang walaupun tercalar parah moralnya tetapi masih mempunyai pengikut fanatik yang setia buta kepadanya.

Apapun kriteria,perhetongan PAS atau presidennya dalam memileh IKATAN tetapi jika stratiji ini PAS anggap sebagai langkah pertama kearah mencetuskan gelombang besar kebangkitan semula PAS, ternyatalah tidak meninggalkan impak yang besar sebaliknya memperkecilkan imejnya sendiri sebagai sebuah parti politik Islam.

Langkah ini memperlihatkan PAS benar-benar berada dalam keadaan "putus asa" sehingga mahu bergantung di dahan yang busuk dan reput.

Saya menyangka PAS akan berkerjasama dengan PERKASA sebuah NGO berpegaruh besar pimpinan Datuk Ibrahim Ali yang walau apapun dikatakan orang tentangnya tetapi tidak boleh dinapikan kalibernya yang senantiasa memeriahkan kencah politik tanah air dan tindak tanduknya terus menjadi perhetongan dan perhatian umum.

Dengan Abdul Kadir menjuarai kerjasama dengan PAS,saya tidak fikir Ibrahim Ali akan bersedia menjadi Pak Turut.

Kekuatan PAS berkubu di Kelantan tetapi dengan integritinya tercabar kerana penggabungan dengan IKATAN,maka besar kemungkinan kubunya di negeri ini juga akan tergugat dan akan membolehkan penetrasi PAN yang lebih mudah ke negeri itu.

Pakatan politik baru PAS melenyapkan kekuatannya untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO malah Pas tidak berada pada taraf yang membolehkannya untuk memberikan syarat kerjasama dengan UMNO sebaliknnya mungkin orang PAS sendiri yang mahukan Hadi berundur sebelum PRU 14 kerana kupiah putihnya pun telah bertukar menjadi merah.

Benar sekali seperti kata Penasihat DAP Lim Kit Siang pakatan politik baru PAS ini " seperti kosong tambah kosong bersamaan kosong"

Zainuddin Maidin

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...