TERKINI :

Friday, March 11, 2016

Rupanya Puak-puak Ini Yang Akan Bergabung Dengan PAS Bentuk Blok Ketiga?


Rupanya Parti Ini Yang Akan Bergabung Dengan PAS Bentuk Blok Ketiga? Pas mungkin bekerjasama dengan beberapa parti politik bagi mewujudkan blok politik ketiga pembangkang.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, Parti Ikatan Bangsa Malaysia merupakan antara parti yang dijangka bekerjasama dengan parti tersebut.

Menurut Khairuddin, blok ketiga yang bakal diwujudkan membawa kelainan dari Pakatan Harapan dan Umno.

“Kita yakin ada lagi parti yang tidak bersedia untuk bersama Pakatan Harapan dan Umno. Sebagai contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan di luar sana banyak lagi parti kecil di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, ada NGO (badan bukan kerajaan) yang tidak masuk parti seperti Kongres Rakyat,” katanya.

Khairuddin berkata, Pas mengubah konsep bekerjasama dengan mana-mana pihak setelah terkuburnya PR.

Rupanya Parti Ini Yang Akan Bergabung Dengan PAS Bentuk Blok Ketiga?

“Sebenarnya perbincangan ke arah itu (bekerjasama) sudah lama dijalankan Pas iaitu sejak parti itu tidak menganggotai Pakatan Harapan.

“Mereka (pihak-pihak yang akan bekerjasama dengan Pas) menunggu masa untuk kita buat satu persefahaman dalam masa terdekat. Cuma saya tidak boleh umum kena tunggu pengumumannya," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...