TERKINI :

Sunday, March 6, 2016

Rakyat Mahu NAJIB LETAK JAWATAN dan 3 lagi perkara menyusul selepas itu..

RAKYAT MAHU NAJIB LETAK JAWATAN


Berikutan wujud tafsiran yang mungkin berbeza, rasanya penting untuk diulang sekali lagi empat tujuan asas Deklarasi Rakyat yang ditandatangani beberapa tokoh ternama pada Jumaat lalu:-

1 - penyingkiran Najib Razak sebagai Perdana Menteri menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan,

2 - penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya,

3 - pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan

4 - pemulihan intergriti institusi yang dilemahkan seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.

Dalam hal ini, walaupun Mukhriz Mahathir mengatakan deklarasi itu hanya bertujuan untuk menukar Najib sebagai Perdana Menteri dengan pemimpin lain daripada BN, ia sebenarnya tidaklah menepati keseluruhan matlamat yang ingin dicapai.

Berikutan amalan "cash is king" yang berleluasa dan kawalan penuh Najib terhadap institusi awam sekarang, siapakah pemimpin UMNO yang sanggup menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri semata-mata untuk menyelamatkan parti?

Jika Muhyiddin Yassin, Shafid Apdal dan Mukhriz sendiri dipecat selepas ini berikutan turut menandatangani deklarasi itu, tidakkah yang tinggal dalam UMNO hanya penyokong setia Najib belaka?

Lalu, bagaimana caranya untuk menukar Najib dengan pemimpin UMNO atau BN yang lain?

Dalam pada itu, tidakkah juga selain Najib, rakan-rakan persekongkolan dengannya juga patut disingkirkan sama?

Bagaimana mahu menukar Najib dan rakan-rakan persekongkolannya jika bukan melalui pilihanraya?

Berdasarkan matlamat ketiga dan keempat dalam deklarasi itu pula, bukankah ia memerlukan kekuatan yang lebih menyeluruh dan tidak sekadar penyingkiran Najib semata-mata?

Bolehkah undang-undang dan perjanjian baru serta pemulihan institusi dalam kerajaan dilakukan jika hanya Najib yang disingkirkan?

Deklarasi itu bukan semata-mata untuk menyingkirkan Najib, tetapi juga bertujuan melihat reformasi menyeluruh dalam sistem negara

Dalam jangka pendek, penyingkiran Najib adalah matlamatnya, tetapi kerana ia sukar dicapai, ia mesti disekalikan dengan matlamat jangka panjang iaitu merubah dan memulihkan sistem yang akhirnya akan membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan negara.

Tun Mahathir yang mengepalai deklarasi itu setelah mengambil keputusan keluar UMNO, tentunya sudah mendalami sehalus-halusnya keempat-empat matlamat tersebut ketika merangkanya sebelum membentangkannya sendiri kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan mereka mengenainya.

Ia bukan bermakna Tun Mahathir membenci UMNO sepenuhnya, tetapi kerana beliau lebih sayangkan negara melebihi segala-galanya.

Lagi pula dengan terus menyokong UMNO yang bermakna mempertahankan Najib, turut bererti bersekongkol membawa kemusnahan kepada negara.

‪#‎beranikeranabenar‬

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...