TERKINI :

Friday, March 25, 2016

Rafizi ulangi mahu dedahkan dokumen OSA '1MDB-LTAT'

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sekali lagi mengulangi kenyataannya untuk mendedahkan dokumen yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang mengaitkan syarikat pelaburan negara, 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Rafizi mendakwa dokumen persekutuan yang dimiliki itu akan menunjukkan sebab mengapa 1MDB belum membayar hutang kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM), anak syarikat LTAT.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau percaya kedua-dua 1MDB dan LTAT masih belum memberi sebarang maklumbalas berhubung dakwaannya semalam kerana mereka tahu bahawa beliau memilikinya.

“Saya percaya 1MDB dan LTAT masih tidak memberikan sebarang kenyataan balas kepada pendedahan saya kerana kedua-dua syarikat dan tabung milik kerajaan ini tahu saya mempunyai dokumen sebagai bukti kepada dakwaan saya itu.

“Selalunya 1MDB dan LTAT akan mengeluarkan kenyataan balas sepintas kilat selain dari mengugut untuk mengambil tindakan saman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata beliau akan menunggu jawapan 1MDB dan LTAT berhubung pendedahan itu dan senarai jumlah pesara tentera yang bayaran caruman persaraan mereka masih tertunggak oleh LTAT sejak 2014.

Semalam, Rafizi berkata, jika LTAT gagal berbuat demikian, beliau akan mendedahkan kandungan berkenaan walaupun ia dilindungi di bawah OSA.

"Saya tak agak-agak mendedahkan dokumen rasmi Persekutuan ini sekiranya senarai ini tak disiarkan sepenuhnya pada rakyat.

"Dokumen ini dibawah Akta Rahsia Rasmi dan saya akan bertanggubjawab sepenuhnya terhadap perkara ini," katanya pada sidang media di lobi parlimen.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...