TERKINI :

Monday, March 28, 2016

Pindaan AKTA 355 baru dalam peringkat penelitian & tak tahu bila akan dibentangkan - JAMIL KHIR

CADANGAN PINDAAN AKTA 355 BARU DI PERINGKAT PENELITIAN DAN TIDAK TAHU BILA LAGI AKAN DIBENTANGKAN - JAMIL KHIR


YB Dato' Seri Jamil Khir, ketika menjawab pertanyaan lisan YB Dato' Mahfuz Omar, MP Pokok Sena dlm persidangan Parlimen pada 24/3/2016 (khamis) berhubung bilakah pindaan Akta 355 akan dibuat berkata, Kerajaan sedang meneliti cadangan tersebut supaya ianya dibuat secara teratur mengikut Perlembagaan Persekutuan. 

Rundingan dgn Majlis Agama Islam Negeri2 juga perlu dibuat kerana semua negeri ada kepentingan berhubung cadangan pindaan ini.

Jawapan ini menunjukkan:

1. Usul pindaan Akta 355 yg dikemukakan oleh MP Marang yg peringkat awalnya dikaitkan dgn pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kemudian ditukar kpd memperkasakan mahkamah syariah tidak tahu bila akan dibentangkan,

2. RUU Persendirian untuk meminda Akta 355 yg dikemukakan oleh MP Marang tidak lengkap dan bercanggah dgn Perlembagaan serta prosedurnya yg lazim,

3. Cadangan pindaan yg hendak dibuat hanya terhad ke atas kesalahan jenayah syariah shj spt yg disenaraikan dlm Senarai II, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan. 

Ini bermakna kesalahan2 spt mencuri, merompak, merogol, liwat, membunuh dan mencederakan orang spt yg diperuntukkan dlm Kanun Jenayah Syariah II ( 1993 ) 2015 masih tidak termasuk dlm kesalahan jenayah syariah mengikut undang-undang persekutuan dan di luar drp bidangkuasa mahkamah syariah walaupun ianya merupakan kesalahan hudud dan qisas.

Sekian, terima kasih.
Che Ibrahim Mohamed.
Rakyat Kelantan yg tidak suka undang-undang jenayah islam dipolimekkan untuk tujuan politik.

INI JAWAPAN DI PARLIMEN :

 
 

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...