TERKINI :

Friday, March 4, 2016

Pertemuan bersejarah bermula antara pembangkang serta pimpinan dalam dan luar Umno untuk misi Selamatkan Malaysia

Menjelang sidang media 3.30 petang ini yang dinanti-nantikan banyak pihak, petugas media mula hadir ke acara di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur itu sedikit demi sedikit.

Kelihatan tempat sidang media yang dikatakan akan membariskan bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang itu telah disediakan.

Kira-kira 50 kerusi telah disusun untuk acara itu dengan 15 kerusi di bahagian depan dan lainnya di belakang.

Latar belakang bendera Malaysia dengan perkataan “Selamatkan Malaysia” dihias di pentas. Kelihatan juga individu memakai baju bertulis “I Support Dr M” (Saya sokong Dr M).

Sidang media hari ini bertujuan menyatakan deklarasi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia juga menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Mahathir, bekas presiden Umno, akan mengadakan sidang media bersama pemimpin pembangkang.

Siapa status 50 pemimpin itu masih menjadi tanda tanya. Selain pembangkang, berapa banyak pemimpin Umno dan BN akan terlibat sama?

Malaysiakini akan melaporkan laporan langsung bermula jam 3 petang ini daripada Rumah Kelab Persatuan Alumni UM.

LANGSUNG

3.02pm: Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustapha Ali ketika ditemui Malaysiakini berkata, kehadirannya pada hari ini atas kapasiti individu dan bukan mewakili parti.

Katanya, beliau mendapat jemputan atas namanya untuk menghadiri majlis hari ini dan bukan parti.

"Saya datang sini secara peribadi. Jemputan atas nama saya," katanya tersenyum.

Ditanya sama ada beliau tidak bimbang sekiranya diambil tindakan oleh PAS, Mustapha berkata:

"Perkara itu tidak berbangkit. Tak adalah (dipanggil). Saya datang sebab saya dijemput atas nama saya," katanya lagi.

PAS semalam memutuskan tidak menyertai acara itu.

3pm: Pemimpin lain kelihatan setakat ini:
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Datuk Zaid Ibrahim
  • Datuk S Ambiga
  • NGO antirasuah C4 Cynthia Gabriel
  • Naib Presiden PKR Tian Chua
  • Presiden AMANAH Mohamad Sabu
  • Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali
2.57pm Salahuddin meminta orang ramai melupakan perbezaan sesama sendiri untuk satu misi bersama.

"Ini satu sejarah negara," katanya.

2.45pm: Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub dan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sudah kelihatan sudah hadir.

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, wakil rakyat PAS Datuk Mahfuz Omar dan wakil PKR Kamaruddin Jaafar juga sudah hadir.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...