TERKINI :

Tuesday, March 29, 2016

PEMANDU TEKSI MOGOK - TAHNIAH...Anda semua hebat...!!!




PEMANDU TEKSI MOGOK - INI SUATU PERMULAAN KEPADA PERUBAHAN - TAHNIAH.

Hari ini para pemandu teksi di Lembah Kelang dikhabarkan telah mengadakan demonstrasi selama 2 jam di Jalan Bukit Bintang bagi memprotes kelembapan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dilihat gagal mengambil tindakan dalam isu perkongsian kenderaan. Dilaporkan sekurang-kurangnya 300 teksi terlibat dalam demonstrasi mempertahankan hak mereka dengan meletakkan teksi-teksi di bahu jalan sepanjang Jalan Bukit Bintang.

Bilangan teksi mungkin bertambah jika tidak disekat oleh pihak Polis Trafik dari memasuki kawasan tersebut. Akibat demonstrasi tersebut, jalan-jalan di sekitar kawasan terlibat sesak dan perkhidmatan teksi terganggu.

Aku mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH kepada para pemandu teksi yang terlibat. Hak anda mesti dipertahan oleh anda sendiri bukan oleh orang lain. Ini suatu permulaan kepada perubahan sistem pentadbiran negara.

Jika para pemandu teksi sudah mula berani keluar berdemonstrasi mempertahankan hak mereka, di mana rakyat Malaysia yang lain yang hak kita semua juga diperkotak-katikkan oleh Kerajaan?

Pemandu teksi terbeban dengan GST, dengan kadar sewa teksi, kadar kos sara hidup ditambah dengan persaingan kenderaan perkongsian tanpa lesen telah berani keluar menyatakan rasa hati.

Rakyat Malaysia yang lain tengok saja? Rakyat Malaysia yang lain tidak terbeban seperti pemandu teksi? Rakyat Malaysia yang lain tidak terasa dibeban GST dan kos sara hidup?

Pemandu teksi telah memulakan langkah. Mereka bersatu bersama berani untuk berubah melawan penindasan. Kita bila lagi??

TAHNIAH para pemandu teksi. Anda semua hebat.

Teksi-protest1 




 

BERANI BERUBAH.

Zulhazmi Shariff.
29/03/2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...