TERKINI :

Thursday, March 31, 2016

NAJIB laksanakan AES di MALAYSIA, manakala LIM GUAN ENG laksanakan AES di P/PINANG

PULAU PINANG SATU-SATUNYA NEGERI DI MALAYSIA YANG BERI BANTUAN BULANAN KEPADA KELUARGA MISKIN TEGAR SEJAK 2009


Salam sejahtera

Melalui program yang dikenali sebagai Agenda Ekonomi Saksama (AES) sesebuah keluarga yang telah menetap sekurang2nya selama 5 tahun (3 tahun untuk zakat) di Pulau Pinang akan dibantu bagi memastikan pendapatan keluarga tersebut melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK: lihat jadual dibawah). 

Syarat permohonan ketua keluarga mestilah warganegara Malaysia. Borang permohonan boleh didapati di pejabat daerah atau melalui JKKK, Pegawai Penyelaras Kadun (PPK) atau ADUN masing2.

Apabila terdapat permohonan, 3 agensi akan turun serentak iaitu zakat penang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penghulu. Setelah bantuan dari zakat dan JKM ditentukan barulah kerajaan negeri akan "top-up" selebihnya bagi memastikan jumlah keseluruhan adalah mencapai PGK. Contoh sebuah keluarga dengan 4 ke 5 ahli maka PGK yg ditetapkan ialah rm790. Jika zakat setuju beri bantuan rm300 sebulan dan JKM pula rm200 sebulan maka kerajaan negeri akan tambah sebanyak rm290 lagi. Minima sumbangan AES ialah RM100 dan maksima RM790.

Mulai 2015 program AES ditambah baik menjadi AES bersyarat dimana penerima dikehendaki memastikan anggota2 keluarganya menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di hospital kerajaan dan juga anak2 mereka pergi ke sekolah. Bantuan AES adalah untuk setahun sahaja dan penerima hendaklah membuat permohonan menyambung jika masih memerlukan. Tim penilaian akan turun dan menyiasat samada bantuan untuk pemohon wajar disambung, dikurang, ditambah atau dihentikan.

KES KHAS

Pengecualian boleh diberikan kepada kes2 yang mendesak walaupun tidak cukup syarat contohnya kes seorang bapa yang baru2 ini ditangkap kerana mencuri barangan makanan dari Tesco Bukit Mertajam untuk diberi kepada anak2nya yang kelaparan. Setelah disiasat beliau baru saja berpindah dari Kedah ke Pulau Pinang. Setelah kes ini sampai ke pengetahuan Ketua Menteri Pulau Pinang beliau meminta supaya keluarga ini dibantu walaupun tidak memenuhi syarat.

LEBIH 80% PENERIMA BANTUAN ADALAH KELUARGA MELAYU

Ketika dilancarkan pada tahun 2009 jumlah keluarga yg dibantu adalah sebanyah 728 dengan perbelanjaan sekitar RM213,000 sebulan. Pada tahun 2015 jumlah keluarga meningkat ke 1142 dengan perbelanjaan sekitar RM304,000 sebulan. Daripada 1142 keluarga yg dibantu, 82% atau 937 keluarga adalah Melayu, 11% atau 121 keluarga India manakala selebihnya iaitu 7%(84) adalah Cina.

BERJAYA CAPAI SIFAR MISKIN TEGAR

Dengan adanya skim AES ini maka secara teknikalnya Pulau Pinang berjaya menjadi satu2nya negeri di Malaysia yg berjaya menghapuskan kemiskinan tegar hasil kerjasama dengan agensi2 yang berkaitan.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat!

HJ ZAIDI BIN AHMAD
(Bekas Mejar TUDM)
Pegawai Penerangan
Pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang
29 Mac 2016
20 Jamadil Akhir 1437

‪#‎Sebarkan‬ mungkin ada insan yang perlukan AES

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...