TERKINI :

Tuesday, March 29, 2016

Musuh negara Najib, bukan pembangkang – Anina

anina-najib 
 
PETALING JAYA: Musuh sebenar negara ialah Datuk Seri Najib Razak dan bukannya pembangkang, kata Anina Saadudin.

Bekas ahli UMNO itu berkata, rakyat perlu menghormati perjuangan pembangkang yang ingin menyelamatkan Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad daripada terus ditadbir oleh Perdana Menteri.

“Semua rakyat Malaysia sayangkan Malaysia. Kerana itulah parti pembangkang memperjuangkan ideologi politik mereka di bumi Malaysia kerana itu pegangan mereka. Kita perlu hormati pegangan parti pembangkang dengan politik yang matang, bersih, jujur, ikhlas, adil dan saksama.

“Musuh nyata rakyat Malaysia adalah Najib Razak kerana Najib Razak telah mencuri wang negara. Najib juga telah mencuri masa depan anak cucu rakyat Malaysia.

“Tindakan mencuri wang negara ini adalah antara punca utama yang telah menyebabkan kehidupan rakyat semakin susah kerana ekonomi negara sudah mendekati garisan nazak. Akhirnya rakyat perlu menanggung kos sara hidup yang meningkat akibat GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan penghapusan subsidi,” katanya kepada FMT di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anina berkata, Dr Mahathir berkongsi pentas dengan musuh politik lamanya, Lim Kit Siang daripada DAP demi menyelamatkan Malaysia yang dirosakkan Perdana Menteri.

“Tun M bukan ikon politik sempit. Beliau antara manusia paling bergeliga di dunia. Beliau membina sebuah negara dari sekeping tanah tanpa tanda hingga menjadi sebuah tugu kejayaan sebuah negara ke3 yang berjaya melonjak menjadi negara yang selangkah menuju negara maju,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...