TERKINI :

Wednesday, March 16, 2016

Mukhriz - 'Sampai satu tahap kita tak boleh bertoleransi lagi'

PUCHONG - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sampai satu tahap dirinya tidak boleh bertoleransi dengan pihak atasan lagi.

‎Oleh sebab itu katanya, beliau memberanikan diri untuk menandatangani Deklarasi Rakyat bertujuan untuk menyelamatkan negara.

"Skandal yang berlaku ke atas negara kini mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan kita kerana yang terima bahananya bukan kita sahaja tetapi sampai ke anak cucu kita.

"Hutang skandal RM42 bilion  bukan satu angka yang kecil hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) RM30 bilion sebahagian terpaksa pergi ke arah beban hutang GLC kerajaan,  duit yang  sepatutnya dibelanjakan ke arah yang lebih penting iaitu bina sekolah, bina lebuh raya tanpa tol tapi...

"Oleh itu, sampai satu tahap saya tidak boleh berteloransi dengan penyelewengan yang berlaku di peringkat atas. Apa yang kita lakukan adalah mahu menyelamatkan keadaan daripada terus rosak," katanya dalam program Sepetang Bersama Mukhriz di sini, hari ini.

‎Deklarasi Rakyat yang ditandatangani awal bulan ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan kerosakan kepada negara di bawah pentadbirannya.

Najib didakwa telah menyebabkan negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...