TERKINI :

Thursday, March 24, 2016

Mukhriz - MT Umno Kini Semuanya YES MAN !






Antara persoalan yang sering bermain di fikiran bila timbul isu2 Umno dan Najib adalah, apakah kesemua mereka dalam Majlis Tertinggi makan dedak yang ditabur Najib ?

Takkan dalam ramai2 tu takde seorang pun yang berani menegur Najib ? Semuanya penakut @ bacul ? Apakah mereka semua tidak sedar apa yang berlaku di luar ? Apakah mereka semua tidak mendengar keluh kesah rakyat terutamanya orang Melayu yang menjadi tunggak kekuatan Umno ? Apakah mereka semua yang di dalam MT tidak kisah dengan pandangan rakyat ?

Takkanlah kesemua mereka dah jadi kaki bodek Najib ? Soalan sama diajukan kepada Mukhriz semasa Majlis MBB Bersama Mukhriz malam tadi dan ini jawapan beliau -


KLiK untuk ke Youtube.

.... bila ada mana2 pihak di kalangan ahli MT yang nada mengkritik sikit, ada saja pihak lain yang tiba2 terkam dia. Bukan Presiden sendiri tetapi orang2 dia..... yang jadi kaki pukul ni. Dan cara dia terkam tu memang ... melampau bataslah.

Jadi sejak itu berlaku, (MT) dah senyap. Tak ada orang nak bercakap lagi. Tambah pula, sikaki2 pukul ni ... bila ada reshuffling ( rombakan ) kabinet, diorang ni tiba2 naik pangkat. jadi Tmbalan Menteri, ada jadi Menteri penuh. Mereka yang bunyi2 hari tu, diturunkan.

Nampaknya ada unsur tidak boleh terima teguran di dalam MT. Yang last2 ni yang saya hadir, tidak ada satu suara pun yang menegur Presiden.

Mengulas kenyataan Ketua Penerangan baru ini yang mempersoalkan sejak bila Mukhriz ni membela nasib rakyat dalam MT, sebab kalau tengok dalam minit tidak ada apapun, Mukhriz berkata, saya tengok balik, memang tidak ada disebut dalam Minit Mesyuarat, tapi saya ingat kurang2 ada 4 topik yang saya bangkitkan sepanjang saya dibenarkan hadir dalam mesyuarat.

..... saya lihat kalau ada kenyataan yang saya buat, yang mendapat respon daripada Presiden sebenarnya, tapi tak masuk dalam minit.

Jadi saya ingat, minit mesyuarat cawangan pun mungkin lebih baik dari minit mesyuarat MT. 

.... setakat yang saya dapat lihat sewaktu saya masih diberi peluang untuk hadir mesyuarat MT, tidak ada lagi suara2 mengkritik Presiden. .... kebanyakan ataupun kesemuanya sudah menjadi suara2 yang mengiyakan segala keputusan yang dibuat termasuklah tindakan untuk menggugurkan jawatan Timbalan Presiden baru2 ini.

Tu dia ..... Najib bela kaki2 pukul yang akan menerkam dan menyalak sesiapa saja yang berani bersuara mengkritik Najib ! Patutlah semuanya senyap jer sampai langsung tak berdecit walaupun timbul isu2 yang jelas memerlukan penjelasan dari Najib.

Hmmm .... siapa pula dalam MT yang mendapat habuan sebagai balasan menjadi kaki pukul Najib  ?

Tapi ..... bukankah mereka sepatutnya menjadi wakil kepada suara ahli2 Umno dan tidak salah jika saya katakan, mereka juga mewakili rakyat ? ( yalah, kan Umno menjadi kerajaan dan apajua keputusan MT bakal menjadi keputusan kerajaan juga, lebihkurang macam kabinetlah )

Entahlah .... yang pasti, rakyat ketika ini melihat Umno tidak lagi mendengar suara rakyat. Dan rakyat juga melihat pemimpin2 Umno ketika ini lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri.

Terserahlah ... PRU14 giliran rakyat pula berkuasa !


http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/03/mukhriz-mt-umno-kini-semuanya-yes-man.html

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...