TERKINI :

Tuesday, March 22, 2016

Muhyiddin tolak ‘tawaran lumayan’, tak sanggup ‘makan dedak’

KOTA TINGGI: Tan Sri Muhyddin Yassin mendedahkan beliau ditawarkan jawatan penting selepas dipecat Timbalan Perdana Menteri dan digantung Timbalan Presiden UMNO.

Katanya, beliau ditawarkan jawatan Yang di-Pertua Pulau Pinang dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Saya dapat membayangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan saya, melutut dan sembah.

“Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya bodoh dan tidak menerima tawaran ini. Ada orang berpendapat, saya patut ambil RM1 billion dan duduk diam,” katanya di hadapan lebih 1,000 hadirin di Dewan Orang Ramai Dewan Kg Sungai Ampat, malam tadi.

Muhyiddin bagaimanapun mengakui beliau terpaksa menolak semua tawaran itu kerana tidak sanggup mengorbankan prinsip perjuangan.

“Saya tolak tawaran ini kerana ia melibatkan maruah, Jika saya terima, bermakna saya makan dedak (seseorang yang boleh dibeli). Rakyat akan kata Muhyiddin orang nombor satu yang makan dedak.

“Saya tidak boleh mengorbankan prinsip perjuangan,” tegasnya.

Muhyiddin dipecat daripada Kabinet pada Julai tahun lalu dan digantung Timbalan Presiden UMNO pada bulan lalu gara-gara kritikannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan isu 1MDB dan dana RM2.6 billion.

Beliau antara pemimpin UMNO yang menandatangani Deklarasi Rakyat diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak Najib meletak jawatan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...