TERKINI :

Thursday, March 17, 2016

Liridon Krasniqi Dedah Sebab Pilih Kedah

Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN
bza_56@yahoo.com.my

"SAYA tak peduli apa orang kata, saya ada matlamat penting untuk pasukan Kedah," tegas pemain import Kedah dari Kosovo, Liridon Krasniqi.

Pemain tengah skuad Helang itu berkata demikian bagi menjelaskan mengenai isu terdapat pasukan dari Liga Super yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Menjelaskan lebih lanjut, pemain berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak akan menerima sebarang tawaran daripada pasukan Liga M kerana Kedah adalah pasukan terakhirnya di Malaysia.

Bagaimanapun, dia sedia mempertimbangkan sebarang tawaran jika ia datang dari kelab eropah kerana itu adalah impiannya.

"Sebelum ke kedah, saya telah ke Vietnam untuk beraksi dengan sebuah pasukan di sana, tetapi oleh kerana tidak selesa dengan suasananya, saya memilih untuk mencuba nasib bersama Kedah.

"Apabila tiba di Alor Setar, saya suka semuanya di sini dan yang paling penting ialah bagaimana umat Islam di sini dapat beribadah dengan selesa dan banyak masjid.

"Saya memilih Kedah bukan kerana wang semata-mata, tetapi semua perkara telah diambil kira termasuk restu daripada keluarga," jelasnya kepada mStar Online.

Krasniqi memberitahu, pintu hatinya telah tertutup untuk beraksi dengan kelab lain selain dari Eropah kerana pernah ditipu sebanyak dua kali oleh ejen pemain ketika di Turki.

"Pengalaman itu membuatkan saya ingin berhenti untuk bermain bola lagi, tetapi Allah swt telah membawa saya ke Kedah untuk mencari rezeki di sini sehingga kami menjuarai Liga Premier musim lalu.

"Oleh itu, tumpuan saya ketika ini ialah meraih kemenangan sebanyak mungkin bersama Kedah termasuk dalam perlawanan menentang Sabah (Piala FA) pada Jumaat ini," ujarnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...