TERKINI :

Tuesday, March 1, 2016

Kuala Kedah : Ada 7 pusat judi halal berlesen & Gaduh ala KL Gangster




Pergaduhan berpunca dari sebuah pusat judi di Kuala Kedah.

1. Saya telah mendapat laporan dari orang awam yang menyaksikan kejadian telah berlaku pada lebih kurang pukul 2 petang tadi.

2. Sebuah adegan pergaduhan bersenjatakan pedang telah tercetus bermula dari sebuah pusat hiburan di bangunan PKB Kuala Kedah. Adegan kejar mengejar telah mengganggu ketenteraman awam dan telah melibatkan beberapa buah gerai makanan dan beberapa orang awam di sekitar kawasan tersebut.

3. Maklumat yang saya perolehi selepas turun meninjau tempat kejadian, sebenarnya telah berlaku dua kali pergaduhan sebelum ini yang mungkin berkaitan dalam masa terdekat.

4. Saya berharap semua pihak dapat bertenang dan dari temubual yang saya buat sebentar tadi dipercayai pergaduhan ini adalah dikalangan mereka yang terlibat dengan aktiviti perjudian di pusat hiburan berkenaan.

5. Saya telah bertemu dengan beberapa orang saksi kejadian dan memohon kerjasama mereka untuk memberi kerjasama kepada pihak polis.

6. Dipercayai terdapat 7 buah pusat judi yang berlesenkan pusat hiburan di Pekan Kuala Kedah. Adalah diharapkan dengan kejadian yang telah mengancam keselamatan dan ketenteraman awam ini, pihak Pejabat Daerah Kota Setar khususnya JK Perlesenan Pusat Hiburan dapat mengkaji semula pemberian lesen pusat-pusat hiburan ini. Saya sendiri melihat premis berkenaan tidak ada sebarang papan tanda perniagaan.

7. Harapan besar kepada YAB. DS Ahmad Bashah selaku MB Kedah yang baru, dapat mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Bersesuaian dengan amaran pertama DS Zahid Hamidi semasa menjawat jawatan Tim. Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang telah mengarahkan polis memeerangi kegiatan judi 100 peratus.

8. Insyaallah dengan menghapuskan jenayah dan maksiat di puncanya dapat menyelesaikan masalah ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...