TERKINI :

Saturday, March 26, 2016

Ku Li dalang gulingkan Najib, dakwa Tun M

Nawar Firdaws | March 26, 2016

Ku Li didakwa memberikan idea kepada Dr Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tak percaya di Parlimen.

mahathir
PUTRAJAYA: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa adalah dalang sebenar bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mendakwa bahawa beliau didatangi Tengku Razaleigh atau Ku Li sebelum ini dan memberikan idea menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen.

“Kemudian akan beliau menguar-uarkan usul undi tak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya.

“Beliau tidak buat apa-apa pun. Beliau hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Ku Li pernah mencadangkan Perdana Menteri diturunkan, namun kini beliau berpaling dan menyokong Najib.

Katanya, perubahan pendirian Ku Li mungkin disebabkan beliau merasakan seorang pemimpin negara hilang RM42 bilion bukanlah satu isu yang besar.

“Saya takkan sokong orang yang macam itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana beliau pernah berbuat demikian beberapa kali terhadapnya sebelum ini.

“Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya parti diharamkan. Saya terpaksa ambil masa membina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi dan tubuhkan parti lain.

“Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?” katanya.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/26/ku-li-dalang-gulingkan-najib-dakwa-tun-m/#sthash.THq3CkTC.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...