TERKINI :

Monday, March 28, 2016

KPPHM Gesa Majlis Presiden Pakatan Harapan Lebih Pro-Aktif Hadapi Isu...

KENYATAAN MEDIA KPPHM
 

1)Demi keutuhan Pakatan Harapan di dalam menghadapi pelbagai kemelut yang melanda, Majlis Presiden Pakatan Harapan diminta untuk bertindak dengan lebih pro-aktif dengan mengeluarkan kenyataan bersama terhadap terhadap apa jua isu besar seperti kes penubuhan blog ketiga, isu tuduhan rumah KM Pualau Pinang, Presiden AMANAH yang dihalang memasuki Sarawak, isu penyelewengan dana kerajaan RM107 juta di dalam KKBS dan sebagainya.

2) Mana-mana pemimpin parti komponen Pakatan Harapan tidak sewajarnya mendahului Majlis Presiden di dalam membuat kenyataan sehingga ia tidak mencermin dan memperlihatkan pendirian dan keputusan Majlis Presiden. Apa-apa jua kenyataan yang dikeluarkan mengenai sesuatu isu oleh mana-mana pemimpin di dalam parti komponen PH hendaklah dianggao sebagai pandangan peribadi pemimpin tersebut dan tidak dilihat mewakili pandangan dan pendirian Pakatan Harapan secara keseluruhannya kecuali ianya telah dibincang, disokong dan disahkan oleh Majlis Presiden.

3) Parti-parti komponen PH perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan. Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain. "Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) di kalangan ahli komponen PH perlu dihalakan ke arah mempertingkatkan kerjasama di kalangan komponen PH di dalam mengahadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.
4) KPPHM juga berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak perlu terlalu mengharapkan parti-parti pembangkang yang berada di luar Pakatan Harapan di dalam menghadapi pilihanraya. Sekalipun "satu lawan satu" itu memang baik dan memberi kebaikan serta keuntungan untuk pembangkang secara kesuluruhannya, namun, apabila ianya tidak dilayan dan dihormati oleh pihak lain, maka PH perlu tegas dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya walaupun terpaksa bertarung di dalam banyak penjuru.

5) Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri dan sentiasa menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memperkukuhkan koalisi sendiri daripada terus menabur benih di angkasa mengharapkan pertandingan dua penjuru. Keutamaan hendaklah diberikan kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan sendiri dan bukan kepada mereka yang di luar Pakatan Harapan di dalam apa juga kenyataan dan tindakan demi keutuhan dan kemantapan Pakatan Harapan sendiri.

6) Dengan point (5) di atas, Pakatan Harapan perlu meletakkan "kepentingan rakyat dan negara" sebagai keutamaan. KPPHM menyokong segala usaha bagi tujuan menyelamatkan Malaysia daripada terus terjebak dalam pelbagai masalah dan kepincangan sehingga menyebabkan rakyat dan negara menjadi sengsara dan rosak binasa lantarannya.

7) Pakatan Harapan tidak perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Barisan Nasional tetapi perlu mengambil tindakan untuk bersama dengan mana-mana gerakan yang menolak rasuah dan salah guna kuasa.

8) KPPHM ingin mengulangi pendiriannya akan terus menyokong usaha supaya Najib dan BN ditukarkan agar rakyat dapat melaksanakan agenda reformasi dalam ekonomi, politik dan sosial di negara ini. KPPHM mahu menggunakan saluran demokrasi supaya Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri.


Greenboc
Timbalan Presiden
Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia
merangkap
Pengerusi Biro Publisiti dan Komunikasi KPPHM

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...