TERKINI :

Wednesday, March 30, 2016

Khairuddin perlekeh Naib Ketua Pemuda UMNO

 khairuddin-khairul-azwan
PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memperlekehkan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang dianggapnya sebagai kaki bodek dan tidak layak menjadi pemimpin.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan membuat kenyataan itu susulan kritikan Khairul Azwan atau Azwan Bro terhadap Kongres Rakyat yang disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin UMNO serta pembangkang, Ahad lalu.

Khairul Azwan dalam kenyataan menyifatkan Kongres Rakyat itu sebagai perbuatan jijik dan memalukan nama negara di peringkat antarabangsa.

Ketua Pemuda UMNO Perak itu berkata, Kongres Rakyat juga tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat dan pemimpin yang hadir dalam kongres itu memaparkan sifat yang jelik kerana hanya menggunakan emosi dan dendam peribadi Dr Mahathir untuk menyemarakkan kebencian terhadap Najib.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, Khairul Azwan seharusnya melihat sokongan padu daripada rakyat yang menyokong usaha Dr Mahathir dan beberapa pemimpin pembangkang dalam Kongres Rakyat yang melawan pemimpin-pemimpin korup dalam UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Khairul Azwan ini adalah kaki bodek minda lemah otak udang yang dah tak boleh berfikir secara rasional dan tidak dapat melihat sokongan padu rakyat jelata kepada kami semua untuk melawan berbagai salah aku, salah guna kuasa, penyelewengan serta rasuah di negara kita khususnya menentang tokoh pemimpin paling korup.

“Penyangak-penyangak macam Khairul Azwan mesti ditolak oleh rakyat secara habis-habisan kerana beliau tidak layak untuk nak jadi pemimpin,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...