TERKINI :

Friday, March 25, 2016

Kereta menteri Laju tak kena saman, tetapi Ambulan bawa pesakit jika laju kena pula saman


Kereta rasmi milik kerajaan tidak akan disaman sekiranya mereka memandu melebihi had laju, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau menjelaskan, ia kerana kebanyakan kereta yang dinaiki menteri adalah untuk urusan rasmi kerajaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu berbeza sekiranya saman had laju dikenakan terhadap kereta milik peribadi.

“Kereta kerajaan, (jika) kita dalam urusan rasmi, kita terpaksa bawa laju kita maklum pada polis.

“Contohnya saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain, kemudian saya perlu memandu laju dan ditangkap. Kami akan jelaskan pada polis yang kami dari acara itu ke acara itu.

“Kalau kereta rasmi, kami akan jelaskan pada polis. Kereta rasmi kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan. Takkan digunakan untuk urusan kerajaan kita kena bayar saman juga.

“Kalau kereta sendiri, pemandu saya memandu kereta peribadi saya, saya akan bayar (jika disaman),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung soalan yang dibangkitkan Teo Kok Seong (DAP-Rasah) dalam Dewan Rakyat kepada kementerian dalam negeri mengenai kadar saman kesalahan jalan raya dan jumlah saman yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...