TERKINI :

Wednesday, March 9, 2016

Kerajaan BN nak ketatkan OSA...itupun ada lagi yang nak pertahankan


'Sudah tiba masanya Akta Rahsia Rasmi dikaji semula'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dikaji semula, selaras dengan perkembangan semasa serta kekerapan berlaku ketirisan maklumat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Namun, Azalina berkata, apa-apa cadangan pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah tertakluk kepada keputusan dasar yang diputuskan oleh pihak eksekutif.

‎"Kebiasaannya peruntukan dalam suatu undang-undang akan dikaji apabila mencapai suatu tempoh masa tertentu.

"Dalam hal ini,  sudah tiba masanya peruntukan berkenaan hukuman dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 dikaji semula selaras dengan perkembangan semasa penyebaran maklumat dalam dunia tanpa sempadan, serta kekerapan berlakunya ketirisan rahsia Kerajaan pada masa kini," katanya dalam jawapan bertulis  kepada Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor).

Irmohizam  meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan status kajian semula Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 yang bertujuan untuk memastikan kerahsiaan maklumat kerajaan dipelihara serta bilakah ia dijangka akan dibentangkan di Parlimen.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...