TERKINI :

Friday, March 11, 2016

Kejatuhan Najib Razak dan keburukan sifat Parti Najib

 Malaysian PM Abdullah speaks to his deputy Najib after the UMNO party meeting in Kuala Lumpur
Susulan dari artikel yang lepas, ramai telah memberi pandangan mengenai Deklarasi Rakyat dan juga mengenai saranan beberapa individu berpengaruh agar Najib Razak berhenti saja dari menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tan Sri Sanusi Junid juga telah memberi reaksi beliau seperti di bawah:
– Itu bukan menjatuhkan kerajaan. Kerajaan itu bukan Perdana Menteri seorang. Kerajaan itu adalah Parti yang memerintah.
– Deklarasi Rakyat hanya minta PM turun, kerajaan tak runtuh. Kita dah banyak kali saksikan PM turun
– Ramai lagi dalam Umno yang layak jadi PM.
– Mungkin syarat pertama kalau nak jadi PM adalah – jika nak berhutang duit negara kenalah bawa berunding dan bawa berbincang dengan kabinet. Janganlah berahsia. Milik rakyat ni kita tak boleh buat rahsia. Kita kena buat cara terbuka. Kena ada musyawarah
– Kalau ada pertanyaan daripada orang, kita tak boleh upah orang suruh jawab. Kita kena jawab sendiri!
– Janganlah orang2 di atas ni duk menipu orang2 kampung dengan menakut2kan orang kampung supaya takut kat cina ni.
– Hebat sangatkah Lim Kit Siang tu? Saya tak pernah nampak Lim Kit Siang tu hebat. Saya pun heran macamana satu parti Melayu takut kat seorang manusia cina!
– Dan manusia cina ini yang menjadi pembangkang dah berpuluh tahun … tak pernah boleh duduk dalam kerajaan. Dia tak pernah bagi susah kita. Tak pernah dia suruh cadang supaya kenakan GST. Tak pernah dia cadangkan dalam parlimen supaya berhutang tak payah bayar. Tak pernah dia suruh dalam parlimen buat yang bukan2.
– Tapi cina yang patut kita meluat ni, cina macam Jho Low tu … dan penyangak2 dan kawan2 dia yang lain itu, yang itu kita patut benci (tapi) yang itu pulak jadi macam orang baik. Kalau dia kena datang ke PAC, hak dia bercakap tu kena rahsia. Tak boleh beritahu kat orang, takut nampak buruk dia.
– Perkara PM turun ni, kalau dia nak turun, turun dalam pilihanraya.. Maknanya kena kalah Barisan Nasional, barulah PM ni nak turun. Kita tak mahu macam itu! Kita tak mahu BN kalah!
– Malahan kita rasa akan kalah BN, Umno ni akan kalah kalau PM tak turun. Itu sebab kita minta dia turun …. kerana kita sayang kepada Umno. Nak pecat, pecatlah. … hati kita tetap ada dalam Umno.
– Bukan duduk dalam Umno tapi mengkhianati Umno. Yang itu kita kata Sayang pada Umno?
– Sayang Pada Umno adalah membuat supaya Umno ini dihormati oleh orang! Negara ini dihormati oleh orang. Itu makna Sayang Pada Umno!
– Sayang Pada Umno ni bukan bermakna semua pemimpin yang dah berjasa kita maki… pasal menegur kesalahan kita.
– Yang baik hanya yang memuji kita? Kemudian kalau yang nak puji kita tu pulak, kena diupah. Sedangkan orang lain tak payah upah pun dia boleh puji orang kalau dia nampak jasa.
– Kalau orang itu bercakap, kita kena selidiklah sedikit sebanyak latar belakang. Kadang2 yang bercakap tu kerana gaji dia, kerana jawatan dia, kadang2 kerana dapat untung daripada bercakap macam tu … sedangkan yang penting sekali bagi kita ialah – Umno, negara dan orang Melayu ni selamat.
– Kalau kita kena bekerjasama dengan siapapun lah, untuk jaga supaya negara ini jangan jadi rosak …. maka kita bekerjasamalah.
Untuk menonton video penuh, sila klik di sini.
Di bawah pula adalah coretan dari akaun Facebook Kijangmas Perkasa mengenai kedudukan bangsa Melayu dan nasib UMNO:
Ok, UMNO is history.
In its current flavor, state and form . . . UMNO is no more.
No point talking about what could have been . . . or the endeavors of many – including yours truly – to make the party see the light, to reform and renew and remain relevant in contemporary politics, to cleanse itself of corrupt criminals asphyxiating it to a gory demise.
It was to no avail. We failed . . . and failed spectacularly as the “parti keramat Orang Melayu” got intractably hijacked by criminal lowlifes propped by a flaky collection of self-serving nincompoops and hangers-on wallowing in the muddy road to self-destruction . . . pathetic myopic fools merrily hurtling on a runaway trainwreck-in-the-making that will one day be remembered in the same light as other once invincible political forces that got arrogant and complacent, lost their way, imploded and consigned to the scrapheap of history . . . the Kuomintang, Congress Party, PRI, LDP, Golkar.
.
Now, many have asked me, whither the Malays?
Apa akan jadi pada kita Orang Melayu? Siapa nak béla kita? Siapa nak jaga hak kita?
Uhh?
What ABOUT the Malays and other Bumiputras?
We will just wither and flutter away into the horizon like old leaves?
Really?
Over twenty million of us will just die and dissipate into thin air if there is no UMNO? If there is no Najib Razak, Zahid Hamidi, Adnan Mansor, Nazri Aziz, Salleh Said Keruak, Ahmad Maslan, Shahrizat Abdul Jalil, Rahman Dahlan, Azalina Othman and others of the same ilk – or for that matter – no PAS, no PKR, no Amanah, no JKKK, no JAKIM, no JHEOA to “take care” of us?
Kita ni apa?
Burung merpati dalam sangkar?
Tak bagi makan, mati?
Kita harus berjuang lah brader. Buang sifat malas. Perkuatkan minda. Tingkatkan ilmu. Jangan manjakan diri sangat. Tak payah terlalu sensitif, terlebih tersinggung, tercepat terkilan, terlajak terkempunan, tercenderung berdengki, tergigih berdendam. Dan buang lah segala macam kepercayaan karut . . . cerita hantu, kena santau, air jampi . . . amok, sawan, histeria, meracau, meroyan.
Orang lain dah lama ke Bulan . . . kita sebok pasal artis berBulan madu. Gerhana Bulan pun masih ramai tak faham dan tak mahu faham. Orang lain kaji Bintang jauh-jauh . . . kita obses dengan Bintang filem. Orang lain dah bertongkat laser . . . kita mengejar Tongkat Ali.
Sudah sudah lah tu.
Snap out of it !
Bangun lah dari beradu atas tilam yang empok diambang ranjang kayangan yang mengundang kepunahan bangsa sejagat.
Dah ada semangat nak berjuang? Nak berjihad? Bagus. Mula-mula perlu lancar Jihad Ekonomi. Itu dulu. Tak guna melaung-laung nak pancung si kaafirun nun di sana kalau hidup merémpat di bumi sendiri . . . tiada ilmu, tiada jatidiri, tiada penghasilan, tiada harapan.
Kalau Tanah Melayu tak best, pi kerja atas kapal. Boleh tengok dunia. Pi USA pun boleh. Apa takot sangat? Dok kerja di Amerika tiga bulan, hang dah boleh cakap omputeh macam Nicholas Cage. Hok sét Kelaté, buléh kécék Inglih macé Arnold SusohNokEjo pong oké doh tuh. Susoh gapo nyo?
.
The Malays will do just fine . . . once we rid ourselves of the opiate of false security offered by a band of rogues at great socio-economic cost amid an induced sense of perpetual vulnerability to looming threats of imagined pendatang bogeymen lurking in every nook and cranny of the land.
We must realise the ludicrousness of the threat of impending doom of the Orang Melayu on our own Tanah Tumpah Darah IF the current gang of pillaging pirates were to lose power. We must be emancipated from this culture of irrational fear, of crippling institutional dependency, of inability to take charge and be responsible for our own welfare, our own destiny.
Wahai Orang Melayu, UMNO sudah tiada. Perjuangan parti itu sudah terpésong . . . dari membéla Agama, Bangsa dan Tanah Air kepada membéla gerombolan penyangak dan penyamun. Tingkatkan lah dayasaing dan jatidiri. Tingkatkan usaha. Bekerja lebih keras. Kita bangsa yang ada maruah, ada pegangan, ada identiti, ada sejarah.
Takkan Melayu Hilang Di . . . . start dengan Malaysia dulu. Lepas tu baru . . . Dunia.
TAMAT

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...