TERKINI :

Sunday, March 6, 2016

Jangan lupa resolusi perubahan Deklarasi Rakyat, kata Azmin kepada Mukhriz



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini membangkitkan, wujud resolusi lain yang mendesak perubahan dalam Deklarasi Rakyat menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya tidak dilupakan.

Resolusi lain itulah yang sebenarnya menggerakkan beberapa ahli politik pembangkang turut meletakkan nama mereka dalam deklarasi dikepalai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Azmin.

"Kami mahukan perubahan penuh dalam sistem tadbir urus negara. Perkara ini sentiasa menjadi pendirian gabungan pembangkang.


"Ini bukan (hanya) soal mendesak Najib berundur. Disebabkan beliaulah, semua institusi dalam negara ini rosak dan perlu diperbaharui.

"Sekiranya desakan ini hanya untuk mendesak pengunduran Najib, kami (pembangkang) tidak akan menyertainya," kata Azmin, yang juga merupakan timbalan presiden PKR.

Beliau mengulas kenyataan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengatakan tujuan deklarasi itu hanya untuk mendesak peletakan jawatan Najib dan bukannya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). 

Mukhriz dalam kenyataan sebelum ini juga berkata, deklarasi itu bertujuan "menggantikan Najib dengan seorang perdana menteri lain daripada kerajaan pemerintah". – 6 Mac, 2016.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...