TERKINI :

Monday, March 28, 2016

Intipati ucapan TUN M di "Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia" di Padang MPAJ Pandan Indah.

Parti Amanah Negara


1. Ada orang bisik kat saya. Awak sudah tua. 22 tahun sudah jadi Perdana Menteri. Nak jadi perdana menteri lagi buat apa.

2. Saya kata saya sebelum ni letak jawatan. Ingin bagi peluang kepada generasi muda. Tetapi ini tidak berlaku.

3. Kita berada di sini kerana negara bermasalah. Negara tidak ditadbir dengan baik. Pemimpin hidup belanja mewah yang bukan duitnya sendiri.

4. GST dikutip untuk bayar hutang kerajaan. Tu pun tak cukup. Kerajaan tak ada duit. Negara kita ini sudah rosak.

5. Orang Umno marah saya kenapa sepentas dengan Kit Siang dan Mat Sabu.

6. Dulu dalam Umno apabila pemimpin buat salah Umno tegur. Umno kata undur lah, Tunku Abdul Rahman pun undur. Ini bila kita minta dia (Najib) turun, dia nak tangkap kita, ugut kita.

7. Sebab itu kita berpendapat kita kena turunkan Najib. Sepatutnya Umno lah kena turunkan Najib. Tapi ketua bahagian, cawangan buta, pekak, bisu. Tak nampak duit RM2.6 bilion.

8. Tetapi Umno tak boleh nak jatuhkan Najib. Nak ada undi tak percaya di Dewan Rakyat tetapi Najib dah bagi dedak banyak sangat. Penuh mulut dedak.

9. Saya bersetuju dengan mereka (Mat Sabu dan Lim Kit Siang) kerana mereka bersetuju dengan saya untuk jatuhkan Najib. Itulah sebabnya kita berkumpul di sini.

~ Tun Dr Mahathir Mohamad
Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia
28 Mac 2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...