TERKINI :

Monday, March 21, 2016

Ini penjelasan Pas hadir program ada Najib semalam.

SHAH ALAM - Susulan kehadiran pihaknya dalam majlis himpunan 20,000 Huffaz di ibu kota semalam yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Pas tampil menjelaskan perkara itu.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan memberitahu kehadiran mereka ke majlis itu atas jemputan rasmi Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (Pinta).

“Jangan bimbang sahabat sekelian. Kami pergi ke majlis Himpunan 20K Huffaz adalah untuk memberi sokongan padu kepada pembentukan Pinta yang didalamnya ada lebih 300 buah Maahad Tahfiz bergabung bagi memperjuangkan pusat pengajian tahfiz,” katanya melalui kemaskini di Facebook.

Semalam, sekeping gambar dimuatnaik sebuah portal berita menunjukkan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Nasrudin sedang duduk berbual dengan Najib dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurut Nasrudin, mereka tidak mengelak dari bertemu Najib dalam majlis itu yang juga dijemput untuk merasmikan himpunan tersebut dengan maksud untuk mengaplikasikan Politik Dakwah.

“Kita akan teguh berprinsip bagi memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran. Kami akan perangi penyakit (ideologi yang salah dan bertentangan dengan Islam), kami tidak memusuhi pesakitnya.

“Sebaliknya kami akan terus berjuang untuk menegur, mengkritik dan mendidik mereka agar kembali ke jalan Allah SWT,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...