TERKINI :

Sunday, March 20, 2016

'IGP patut jadi penguatkuasa PBT jika mahu jaga papan iklan'

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu berundur dan memohon jawatan sebagai penguatkuasa majlis pihak berkuasa tempatan sekiranya terlalu bimbang dengan papan iklan, kata Naib Ketua Pemuda PKR Afif Bahardin, hari ini.

"Ketua Polis Negara patut bimbang isu jenayah yang lebih besar.

"Kalau IGP nak jaga Billboard, lebih baik kerja dengan PBT. Bukan jadi Yang di-Pertua tapi jadi penguatkuasa PBT," kata Afif diminta mengulas mengenai kenyataan Khalid mengenai papan tanda 'Bebas Anwar' yang didirikan di sekitar Selangor dan Pulau Pinang.

Afif berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Khalid semalam berkata polis akan bertindak terhadap Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos kerana mengancam untuk membakar papan tanda yang menyeru pembebasan mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid, bagaimanapun, berkata beliau mahu papan tanda, yang disifatkannya sebagai "menghasut" itu diturunkan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...