TERKINI :

Friday, March 11, 2016

Hairan kenapa UMNO takut Kit Siang – Sanusi Junid

sanusi-kit-siang
PETALING JAYA: Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid hairan bagaimana sebuah parti besar seperti UMNO gentar kepada seorang individu berbangsa Cina seperti Lim Kit Siang.

Ia ekoran tindakan pemimpin-pemimpin tertinggi parti Melayu itu sering memperdaya orang-orang kampung supaya takut kepada Penasihat DAP itu.

“Janganlah orang-orang di atas ini (pemimpin UMNO) menipu orang-orang kampung dengan menakut-nakutkan orang kampung supaya takut dekat Cina ini (Kit Siang).

“Hebat sangatkah Lim Kit Siang itu. Saya tidak nampak Lim Kit Siang itu hebat. Saya hairan macam mana satu parti Melayu takut dekat seorang manusia Cina,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle.

Jelas bekas Menteri Besar Kedah itu lagi, Kit Siang tidak pernah menyusahkan rakyat memandangkan pemimpin DAP itu menjadi pemimpin pembangkang sejak sekian lama dan langsung tidak pernah duduk di dalam Kabinet kerajaan.

Malah, pemimpin DAP itu juga tidak pernah mencadangkan di Dewan Rakyat supaya Kerajaan Persekutuan mengenakan cukai enam peratus melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Dan manusia Cina ini yang menjadi pembangkang dah berpuluh tahun, tidak pernah duduk dalam kerajaan. Dia tidak pernah bagi susah kita. Tidak pernah dia cadang supaya kenakan GST.

“Tak pernah dia cadangkan dalam Parlimen supaya berhutang tidak payah bayar. Tak pernah dia suruh dalam Parlimen buat yang bukan-bukan,” ujar beliau lagi.

Sebaliknya, Sanusi memberitahu orang Cina yang sepatutnya kita menyampah dan benci adalah individu seperti Low Taek Jho atau Jho Low dan juga beberapa penyangak-penyangak lain yang bersikap sepertinya.

“Tetapi Cina yang patut kita meluat ni, Cina macam Jho Low dan penyangak-penyangak dan kawan-kawan dia yang lain itu, yang itu patut kita benci.

“Tetapi, yang itu pulak jadi macam orang baik. Kalau dia kena datang ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), hak dia bercakap itu kena rahsia, tidak boleh beritahu dekat orang, sebab takut nampak buruk dia,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...