TERKINI :

Monday, March 28, 2016

Betulkah PAS Nak Saman Utusan.. atau sembang sahaja kerana Berita Harian sebelum nie tak saman pun..!!

Betulkah PAS Nak Saman Utusan?



KENYATAAN AKHBAR MENYANGGAH SALAH LAPOR ARTIKEL UTUSAN MALAYSIA TERHADAP UCAPAN PRESIDEN PAS MELALUI ARTIKEL “BERSATU TENTANG AGENDA DAP – HADI”

Saya ingin menegaskan bahawa Utusan Malaysia melalui artikel “BERSATU TENTANG AGENDA DAP – HADI” yang disiarkan pada 22 Mac 2016 adalah laporan yang salah dan berniat jahat. Laporan yang ambil daripada ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS semasa menyampaikan ucapan semasa merasmikan Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Bandar Tun Razak.

Ada beberapa salah lapor yang bersifat fitnah dalam laporan artikel tersebut iaitu:


1. Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam supaya bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu yang berhasrat untuk memerintah negara ini.

2. DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus. DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi.

Tentang point tulisan pertama, ingin saya tegaskan di sini, Presiden PAS tidak pernah menyebut dalam ucapan beliau tentang seruan kepada umat Islam untuk bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu untuk memerintah negara.


Tentang point ucapan kedua, Presiden PAS menegaskan bahawa DAP tidak boleh memimpin pemerintahan negara dalam suasana 30% penduduk bukan Islam yang memimpin 60% penduduk Islam. Keadaan ini akan menimbulkan suasana kekacauan dan tidak stabil dalam politik negara. Presiden PAS juga menegaskan bahawa Islam boleh menerima masyarakat majmuk kerana politik perkauman dilarang oleh Islam.

Dalam point ucapan ketiga, Presiden PAS tidak pernah menyebut tentang cita-cita lebih besar DAP yang bukan sekadar menguasai ekonomi.

PAS merasa kesal dengan laporan fitnah yang melampau dengan niat buruk untuk menjatuhkan kredibiliti Presiden PAS. Laporan palsu ini pula telah diambil oleh banyak media lain dengan tujuan yang sama. Maka saya mendesak Utusan Malaysia untuk menarik balik artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka kepada Presiden PAS di atas LAPORAN PALSU tersebut sebelum berdepan dengan tindakan undang-undang.

Saya juga mendesak semua portal-portal berita dan media yang mengambil sumber laporan Utusan Malaysia untuk memohon maaf di atas sumber berita yang tidak disahihkan terlebih dahulu.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 26/3/2016

ULASAN GB

Bersuara juga akhirnya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Lajnah penapian PAS Pusat terhadap laporan berita Utusan Malaysia walaupun laporan itu sudah terbit beberapa hari lepas.

Kita pun tak tahu mengapa kali ini begitu lambat Pengerusi lajnah Penapian itu menjalankan kerjanya. Berkemungkinan untuk melihat dan menunggu riaksi orangramai dulu agaknya.

Dan kenyataan diatas siap dengan ancaman "sebelum berdepan dengan tindakan undang-undang".

Betulkah nak saman Utusan? Atau sekadar gertakan untuk menenangkan suara-suara akar umbi PAS yang sudah pening dan mabuk dengan gelagat serta kenyataan Tuan Presidennya yang kerap-kali tidak konsisten dengan kenyataan-kenyataan pimpinan kanan PAS yang lain?

Contohnya sebelum ini Pengerusi Lajnah Penafian itu pernah membuat ancaman yang serupa ke atas akhbar Berita Harian mengenai "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015.


Shamsuri dilaporkan menegeluarkan kenyataan berikut:
Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.
Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya. - Harakahdaily 31/7/2015
Berita Harian lansung tidak melayan penafian oleh Shamsuri tersebut, dan tidak ada pun tindakan susulan dari Lajnah Penapian PAS selepas itu.

Hanya gempaq lebih untuk ambil tindakan tetapi ternyata ia hanya sandiwara PAS.

Kita tengok juga kes terbaharu ini. Apakah PAS sedia mengambil tindakan ke atas Utusan? Atau ia perulangan sandiwara yang sama seperti di atas?

http://greenboc.blogspot.my/2016/03/betulkah-pas-nak-saman-utusan.html

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...