TERKINI :

Tuesday, March 22, 2016

Bekas MB Selangor bakal tubuh NGO lawan DAP

BANGI, Isnin – Satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beragendakan memecah sokongan rakyat terhadap parti rasis dan cauvinis DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan ditubuhkan, kata Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid berkata, penubuhan NGO yang bakal diterajuinya akan membantu parti Islam yang lain untuk berdepan dengan DAP dan mengukuhkan lagi politik umat Islam di negara ini.

“Saya dan rakan-rakan juga akan menubuhkan satu NGO dimana kita sudah mengumpul beberapa kekuatan dan dana supaya kita tidak akan memberi peluang orang-orang bukan Islam yang bersekongkol dengan DAP menang dalam pilihan raya.

“Tapi untuk kita bersaing kita mesti selesaikan bagaimana kita dapat menghapuskan orang yang mengelilingi DAP, kalau tidak, kita tidak akan menang…kita melanggar tembok, kepala kita bengkak, dia masih lagi belum apa-apa, jadi bagaimana kita hendak selesaikan ini,” katanya ketika hadir pada perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah Islam Se-Malaysia Bandar Tun Razak oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut, beliau berkata sikap agresif DAP dalam melebarkan empayar politiknya harus disekat bagi memastikan hak dan kebajikan umat Islam di negara ini terjamin.

“Jadi oleh sebab itu, kita akan buat satu kempen setiap kali kita kenal orang mereka (DAP), NGO ini akan berusaha supaya mereka tidak menang (dalam pilihan raya),” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...