TERKINI :

Sunday, March 20, 2016

Anwar wakili diri dalam saman terhadap Nallakaruppan


Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mewakili dirinya dalam saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Malaysia United Indian Party (MUIP) Datuk S Nallakaruppan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut bekas peguam Anwar, Latheefa Koya, pendengaran itu dijadual dilakukan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab sehingga Jumaat.

"Notis untuk Anwar mewakili dirinya difailkan pada Jumaat," katanya.

Sesi terakhir bagi kes ini adalah pada 15 November tahun lepas, selepas Anwar disoal balas oleh peguam Nallakaruppan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Ketika pemeriksaan balas, Anwar menafikan beliau atau orang tengah beliau telah menerima ansuran berjumlah RM60 juta daripada syarikat perjudian Magnum 4D.

Dengan meneruskan sesi itu, Anwar dijangka menyoal balas Nallakaruppan, selepas bekas anggota Majlis Tertinggi PKR itu memberi keterangan membela diri.

Anwar memfailkan saman itu selepas Nallakaruppan mendakwa memberi wang itu kepada beliau ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Presiden MUIP membuat komen berkenaan sebelum Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008.

Dilaporkan awal bulan ini bahawa Anwar, yang merupakan timbalan perdana menteri dan pemimpin de-facto PKR, juga telah berusaha untuk mempertahankan dirinya dalam samannya terhadap Utusan Malaysia di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun kes yang sepatutnya ditetapkan untuk semakan kehakiman itu dikeluarkan daripada senarai pada saat akhir.

N Surendran yang juga peguamnya berkata Anwar akan mewakili dirinya sendiri dalam 16 kes mahkamah, selepas Penjara Sungai Buloh menghadkan akses peguam terhadapnya.

Katanya, sejak Ogos 2015, peguam hanya dibenarkan bertemu Anwar sekali seminggu dan terhad selama sejam sahaja berbanding dua kali seminggu dengan tempoh masa yang fleksibel yang diberikan sebelum ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...