TERKINI :

Friday, March 25, 2016

Andai PAS menang PRU14, TG Hj HADI tak perlu menjadi PM

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Satu perkara biasa jika betul TGHH seru lawan agenda DAP. Sama seperti DAP berkempen melawan agenda PAS. Bukan suruh lawan Cina, tapi lawan DAP. Bukan suruh lawan Islam, tapi lawan PAS. Bukan suruh jatuhkan Melayu, tapi jatuhkan Umno.

2) Cuma dalam politik pembangkang, kewujudan blok yang berbeza tidak sepatutnya membawa pertembungan yang merugikan. Tidak kira blok kedua atau blok ketiga, kedua-duanya mahu tumbangkan Umno/BN, tetapi dengan kaedah yang berbeza.

3) Saya kira kaedah yang digunakan PAS kali ini adalah berbeza daripada kaedah-kaedah yang pernah dilaluinya sebelum ini. Ia meneroka cara baru setelah pernah bersedirian, berpakat dalam BN, berpakat dalam APU, berpakat dalam BA dan berpakat dalam PR.

4) Kali ini berpakat dengan Ikatan sebagai blok ketiga adalah kaedah terbaru, dan saya kira yang terakhir daripada PAS sepanjang karier politik TGHH. Jika berjaya, ia akan dicatat sebagai sejarah gemilang PAS malah nama TGHH harum sepanjang zaman.

5) Andai kali ini PAS gagal, beliau akan dikritik dan disindir. Lebih teruk dikritik dan dimaki jika ia mengheret Pakatan Harapan untuk turut tewas.

6) Jika PAS menang, dan andikata menang, saya yakin PAS akan mempelawa pemimpin Umno, PKR dan DAP yang berkaliber untuk membentuk kabinat dalam kerajaan. Itu yang saya cuba baca daripada percaturan politik PAS kali ini.

7) Andai benar, sekali lagi andai benar, saya bersetuju dengan langkah ini demi mencapai keharmonian politik dan keamanan sejagat dalam negara. Kehidupan umat akan lebih lega berbanding hari-hari stress dengan ketegangan politik.

8 ) Andai benar PAS menang besar, saya kurang bersetuju jika TGHH menjadi Perdana Menteri. Harap peminat PAS tidak melatah teruk. Sekadar pandangan saya. Perdana Menteri adalah daripada PAS, tetapi bukan TGHH. Perdana Menteri mestilah lebih muda, berilmu, berakhlak, cerdas, cergas dan hebat.

9) TGHH perlu mengetuai Majlis Syura Kerajaan atau seumpamanya, sebagai penasihat dan pemantau kuasa eksekutif yang diketuai Perdana Menteri. Dengan ilmu dan kehebatan politik beliau, dunia Islam memerlukan beliau.

10) Sultan Mehmet yang diagungkan kehebatannya bukanlah siapa-siapa melainkan kehebatan gurunya yang memantau dan memberi nasihat kepada beliau. Jika TGHH menjadi penasihat kepada Perdana Menteri PAS kelak, negara kita akan dipandang sebagai negara yang mempunyai PM yang terbaik yang pernah ada.

In Sya Allah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...