TERKINI :

Saturday, March 19, 2016

AMANAH terbuka kepada kerjasama dengan PAS-IKATAN sekiranya mahu menumbangkan BN

Salahudin Ayub
KUALA LUMPUR: AMANAH sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak termasuk PAS-IKATAN sekiranya mahu bekerjasama menumbangkan BN.

Timbalan Presidennya, Salahudin Ayub mengumumkan kesediaan itu ketika ditemui pemberita seusai penyerahan memorandum bantahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke Istana Negara,

“Daripada awal AMANAH ditubuhkan, kita buka pintu kita untuk semua orang. Namun PAS tetap kata kita pengkhianat, kita tak boleh dilayan, kita parti serpihan dan tak panjang umur.

“Itu mereka, tetapi AMANAH sampai hari ini kita buka pintu kita demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya, apabila ditanya samada AMANAH sedia bekerjasama dengan blok pembangkang baharu.

AMANAH kini berada dalam satu blok pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan bersama-sama PKR dan DAP. PAS, mengisytiharkan pembentukan blok pembangkang kedua bersama Parti Ikatan Rakyat Malaysia (IKATAN), baru-baru ini.

Sebelum ini, PKR berkata pembangkang mempunyai peluang yang lebih baik menghadapi cabaran BN dalam pilihan raya umum melalui perlawanan satu lawan satu.

Kelmarin, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PH tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan PAS-IKATAN.

Bagaimanapun kerjasama itu dilihat tidak akan berlaku apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini berkata PH tidak berhasrat menjalinkan sebarang kerjasama.

Guan Eng berkata asas kerjasama PAS sudah tidak wujud lagi apabila parti itu tidak berpegang kepada prinsip dan hala tuju pakatannya.

Katanya, untuk menjadi rakan sekutu apa yang penting adalah kepercayaan antara satu sama lain, namun kemelut yang berlaku antara DAP dan PAS sebelum ini membuatkan DAP hilang kepercayaan kepada bekas rakan sekutunya itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...