TERKINI :

Saturday, March 19, 2016

Alor Setar - Keluarga Dhia ‘berkampung’ di hospital

Keluarga Dhia ‘berkampung’ di hospital

ALOR SETAR - Keluarga adik Dhia Aisyah Mohamad Faizal yang menjalani pembedahan menebuk bahagian leher ‘berkampung’ di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak seminggu lalu.

Ibu Dhia, Fazuana Hoda, 33, berkata, anaknya yang berusia empat bulan itu tidak lagi memerlukan pemerhatian rapi apabila dipindahkan dari Wad Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) ke wad lain bermula semalam.

"Sejak Rabu lalu, Dhia dilihat makin sihat selepas menjalani pembedahan dan ditempatkan di PICU sehingga kelmarin,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana akhirnya berpeluang menjaga anak perempuannya sendiri selepas seminggu tidak berpeluang berbuat sedemikian disebabkan keadaan Dhia.

"Tapi saya dan suami, Mohamad Faizal Ahmad, 37, mungkin terpaksa ambil masa untuk bawa pulang Dhia ke rumah bergantung pada tahap kesihatannya," katanya.

Kisah Dhia mendapat liputan meluas pada Februari lalu apabila dilahirkan tanpa dubur, kecacatan kaki, pundi kencing di luar dan saraf tunjang serta ginjal bengkak.

Disebabkan itu, ibu bapanya tidak dapat bekerja seperti biasa bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada Dhia menyebabkan mereka berdepan masalah kewangan.

Belum tamat kebimbangan keluarga adik Dhia, mereka dikejutkan pula berita memaklumkan bayi berkenaan perlu dibedah segera bagi membolehkan dia bernafas lebih lancar.

Pada 9 Mac lalu, keluarga mereka terpaksa pula melalui detik mendebarkan apabila leher Dhia ditebuk untuk menangani masalah pernafasan dia.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...