TERKINI :

Tuesday, March 29, 2016

Akta Hasutan pula digunakan keatas peguam yang mengemukakan usul singkir PEGUAM NEGARA

Peguam di sebalik usul singkir AG disiasat ikut Akta Hasutan


Peguam yang mengemukakan usul untuk membincangkan kedudukan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali kerana enggan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung deposit di akaun bank peribadinya telah dipanggil oleh polis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan.

Francis Pereira, seorang daripada tiga peguam yang mencadangkan usul itu pada mesyuarat mpunan agung tahunan (AGM) Badan Peguam Malaysia pada 19 Mac lalu, mengesahkan bahawa beliau menerima surat itu daripada Bukit Aman.

Beliau berkata surat itu juga menamakan rakannya, R Shanmugam yang adalah juga seorang lagi pencadang usul itu.

"Surat Bukit Aman menyatakan dengan jelas bahawa ia adalah berkaitan dengan laporan polis yang dibuat ke atas usul yang dibentangkan di AGM Badan Peguam.

"Mereka kata, siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Seksyen 4 (1) berkenaan kesalahan yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Pereira berkata beliau dan Shanmugam diarah untuk memberi kenyataan di bawah Seksyen 112 tetapi tidak jelas sama ada mereka dipanggil bagi membantu siasatan atau menjadi subjek penyiasatan.

Pereira menyifatkan siasatan polis itu sebagai "mengejutkan" dan pencerobohan terhadap kedaulatan Badan Peguam Malaysia.

"Kami terkejut polis menjalankan siasatan ke atas peguam.

"Jelas sekali, usul yang dibahaskan di AGM kami diadakan secara mesyuarat tertutup.

"Tidak ada asas untuk membuka siasatan dan ini pasti pencerobohan terhadap kebebasan Badan Peguam," katanya.

Usul itu, selepas dibahaskan oleh Badan Peguam Malaysia memutuskan satu resolusi mendesak peletakan jawatan Apandi.

Malaysiakini masih cuba untuk menghubungi pencadang ketiga usul itu, Charles Hector, iaitu sama ada beliau menerima surat yang sama.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...