Thursday, March 31, 2016
NAJIB laksanakan AES di MALAYSIA, manakala LIM GUAN ENG laksanakan AES di P/PINANG
Politik Islam Pas makin abstrak
Tindakan, keputusan dan pendirian politik parti itu sukar untuk difahami dan berkedut-kedut macam jubah dan serban tidak digosok. Apa yang sudah terjadi kepada parti itu yang pernah menjadi harapan umum sebelum ini sebagai alternatif kepada Umno.
Takiyuddin Hassan |
![]() |
Tuan Ibrahim Tuan Man |
Ketidakonsisten dalam sesuatu pegangan dan pendirian sangat jelas dan meletakkan parti itu ke tahap dangkal. Percanggahan pendapat dalam mentafsir isu sesama sendiri bukan sahaja dikesan oleh pengkaji dan penganalisa politik, tetapi oleh ahli bawahan sendiri di kampung. Pergilah ke kedai kopi atau kedai gunting ahli dan penyokong akan bertanya sesama sendiri mengenai pendirian dan pandangan pemimpin parti itu. Mereka akan bertanya apa sudah jadi dengan Pas?
Selalu dikaitkan Pas tidak sekemas dan semantap semasa Nik Aziz ada. Sudah berubah dan berkecamukan. Ilusi ini sangat berbahaya kepada Pas kerana ia melemahkan semangat pendokong bawahan Pas.
Setahun GST: Kita makin senang atau susah?
Bolehkah PM yang ada beribu-ribu juta dalam akaun peribadi dikekalkan lagi?
Shahbudin Husin,
Najib Razak hanya mula menjadi Perdana Menteri sejak 2009 atau kira-kira lebih enam tahun sehingga hari ini, tetapi barangkali rekodnya sukar ditandingi oleh mana-mana ketua negara dalam dunia ini dari segi kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya.

Malaysia dalam bahaya, Baju Merah jangan buang masa

31 Mac 2016
Memorandum Kepada Gerakan Merah Untuk Bersama-Sama Selamatkan Malaysia
Keadaan politik, ekonomi dan masyarakat Malaysia sedang tenat. Hal ini bukan sahaja difahami dan dirasai oleh watak-watak utama politik, tetapi turut menghantui kebanyakan rakyat negara tercinta ini. Keluh resah rakyat boleh didengar dari segenap peringkat. Malah melangkui sempadan usia, kaum, kepercayaan, tempat, parti dan kecenderungan politik.
Tanpa sedikit pun berganjak dari kepercayaan bahawa sistem politik sekarang yang merosakkan perlu melalui reformasi menyeluruh, kita tidak boleh menutup mata daripada hakikat bahawa sistem politik itu ada penggeraknya. Penggerak yang akan terus mempergunakan sistem politik sedia ada dengan lebih dahsyat dan melampau serta menjadi penghalang paling besar kepada usaha-usaha memperbaiki keadaan Malaysia. Selagi tidak dialihkan penghalang paling besar itu, sebarang usaha adalah ibarat membandarkan air ke bukit, sia-sia tiada berguna.
Najib PM paling huduh dan menyusahkan rakyat
Dunia jagi geger dengannya.
Semua benua memberi tumpuan kepada Najib dan menanti apakah kesudahannya nanti. Najib bukan sahaja menarik pemerhati politik dalam negaranya, tetapi di luar juga. Dia menjadi seolah penggerak baru dunia.
Tengoklah laporan media massa dunia semua melapor dan memperkatakan hal Najib.
Kedudukan Najib hari ini juga boleh menyapu rekod cemerlang yang dicatat oleh bapaknya Razak Husein sebagai PM Malaysia yang ke-2.
Najib dan Malaysia tercemar apabila beberapa isu yang mengelilingi dirinya seperti skandal kewangan membabitkan jumlah yang banyak. Angka popular dikaitkan dengan Najib RM2.6 bilion, dan angka itu bertambah menjadi sekali ganda, di mana hari ini nilai skandal membabitkan Najib berjumlah lebih RM4 billion. Itu laporan atau "fitnah" terbaharu. Isu Najib berpanjang memasuki tiga tahun.
Wednesday, March 30, 2016
PAS - Jualan Harakah cetak merosot mungkin ada orang sabotaj atau ahli dah tak minat membacanya
Khairuddin perlekeh Naib Ketua Pemuda UMNO

Saya tahu beza dedak dan nasi – Anina

Pegawai GLC didakwa rasuah RM2.02 juta

Anak kapal kecam anak Zahid: Budak ini sungguh biadap

Sekolah di Kedah dan Perlis ditutup esok
PULAU PINANG 30 Mac - Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup esok berikutan cuaca panas melampau.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penutupan itu berikutan suhu di kedua-dua negeri tersebut hari ini mencecah 38.2 Celcius.
“Arahan telah dikeluarkan hari ini berhubung penutupan berkenaan dan di Perlis, langkah itu akan dilaksanakan selama dua hari sehingga Jumaat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat di Jabatan Pendidikan negeri di sini hari ini.
Tabung Mat Sabu: Tidak perlu derma seorang Arab, ribuan rakyat hulur sumbangan..
Mencatat sejarah tersendiri, kempen kutipan tabung khas untuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu ekoran kes saman isu “Projek IC Sabah”, telah mencecah RM200,000 hari ini.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil berkata, pencapaian membanggakan hasil kerja keras sekumpulan gerakan awam dikenali #SahabatMatSabu itu jelas mendapat perhatian dan sokongan orang ramai.
"Alhamdulillah. Syukur dan tahniah kepada urusetia Tabung Mat Sabu yang berusaha keras untuk mencukupkan jumlah sasaran RM 200,000 dalam tempoh sebulan lebih.
"Ternyata usaha kecil yang dilakukan oleh aktivis rakyat dan anak muda yang cintakan keadilan di negara ini tidak sia-sia dan mendapat sokongan orang ramai," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Mengulas kutipan bagi membolehkan Mohamad menjelaskan bayaran kepada bekas Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu, beliau berkata, rakyat sebenarnya cukup prihatin dalam melawan kezaliman dan penindasan.
"Ternyata ramai di sana yang menyokong usaha menegakkan keadilan di negara ini dan merubah sistem pentadbiran yang dicemari dengan korupsi dan penyelewengan termasuk sistem pilihan raya.
"Ini menunjukkan rakyat Malaysia dan para pejuang ini tidak memerlukan derma yang banyak daripada seorang Arab tetapi derma yang kecil daripada ribuan rakyat adalah lebih suci dan berintegriti.
"Terima kasih kepada semua rakyat yang menyumbang. Anda adalah rakyat yang berani," tambah Faiz lagi yang juga peguam.
Terdahulu penyelaras #SahabatMatSabu, Hishamuddin Rais berkata, pihaknya akan mengumumkan hari penyerahan hasil kutipan tersebut kepada pihak peguam Mat Sabu.
Ujarnya, dalam satu kenyataan bersama Adam Adli dan Mandeep Karpall, jumlah rasmi kempen sumbangan RM10 itu akan diberitahu dalam jangka masa terdekat selepas akaun berkenaan diaudit.
Perintah mahkamah terhadap Mat Sabu itu ekoran temubual akhbar Harakah bersama beliau yang disiarkan di akhbar itu edisi Jumaat, 1-3 Februari 2013. Mat Sabu merupakan Timbalan Presiden Pas ketika itu.
Muhyiddin sanggah Puad Zakashi berkenaan isu beliau berbohong jumpa Gabenor Bank Negara
Saya memandang berat tuduhan Datuk Puad Zarkashi yang disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 26 Mac 2016 kononnya saya berbohong mengenai pertemuan saya dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, di mana Gabenor Bank Negara itu memberitahu saya secara lisan beberapa maklumat mengenai 1MDB. Saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak berbohong. Tan Sri Zeti juga tidak menafikan sepenuhnya kenyataan saya. Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, saya berhak untuk mengetahui secara terperinci isu-isu penting negara. Adalah menjadi kebiasaan ketua-ketua agensi kerajaan datang menemui saya untuk memaklumkan perkembangan sesuatu isu. Dalam pertemuan saya dengan Tan Sri Zeti, saya dapat tahu bahawa pihak Monetary Authority Singapore telah menyerahkan satu laporan kepada BNM berkenaan wang 1MDB yang tidak dimasukkan ke dalam akaun Bank BSI di Singapura dan laporan tersebut telah diserahkan kepada Ketua Audit Negara untuk disiasat. Saya juga dapat tahu banyak urusniaga 1MDB yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang jika didapati bersalah boleh didenda maksima RM50 juta atau penjara 12 tahun.
Najib juga dikatakan cuba campur tangan dalam siasatan BNM, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Jangan kita lupa bahawa BNM telah dua kali mengemukakan kertas siasatan mengenai 1MDB kepada Peguam Negara dan memperakukan tindakan undang-undang diambil atas kesalahan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tetapi ditolak oleh Peguam Negara. Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuashati bahawa terdapat salah laku di pihak 1MDB.
Tan Sri Zeti juga memberitahu saya beliau bertegas untuk meneruskan siasatan ke atas 1MDB walaupun mendapat tekanan. Sebagai seorang Gabenor bank pusat yang berwibawa, saya yakin beliau telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Saya yakin rakyat akan mengetahui kedudukan sebenar kes ini dan kebenaran akan terserlah jika pendakwaan dijalankan dan segala bukti yang berkaitan dikemukakan di mahkamah.
Muhyiddin Yassin
Untungnya jadi orang dok atas dari 'sistem' olah kot mana pun depa yang untung..contoh terkini 'Pembebasan Khir Toyo'..!!

Selepas DRIVER TEKSI mengamuk baru SPAD nak ulas bab teksi haram UBER & GRABCAR

Adun Kbg. Rotan & Penduduk sedang berusaha beli rumah untuk Fatimah

Tuesday, March 29, 2016
Kerjasama PAS/DAP.. Antara apa yang dikatakan Haji Hadi adakah dia sudah terkena sumpahan "PIL KUDA"
LIHATLAH APA HJ HADI KATAKAN DAHULU APABILA BEKERJASAMA DENGAN DAP... SEDAP DIA KATA RAKYAT YANG TAK FAHAM MATEMATIK MEREKA YG MENOLAK KERJASAMA DENGAN DAP NIE...
PEMANDU TEKSI MOGOK - TAHNIAH...Anda semua hebat...!!!
Musuh negara Najib, bukan pembangkang – Anina

Dakwaan perbelanjaan Najib - kereta, percutian, barang kemas...

- Barangan kemas - RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
- Kempen politik - RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
- Bayaran bagi media dan pengiklanan - jumlah tidak didedahkan
- Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) - jumlah tidak didedahkan
- Yayasan Rahah - RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
- Penginapan Hotel - RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
- Beli-belah - RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
- Percutian - RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
- Kereta mewah - RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
- Ahli perniagaan, akademik dan peguam - jumlah tidak ditentukan
Surat putera Arab pada Najib pula didedah

'Lagi Dr M cakap, lagi banyak bahan siasatan polis'

Akta Hasutan pula digunakan keatas peguam yang mengemukakan usul singkir PEGUAM NEGARA

KBS ‘pedas’ pula dengan projek cili RM19 juta berkaitan MIC

Menteri terlalu banyak makan dedak ayam – Khairuddin

Ketepi perbezaan penting daripada kumpul petisyen

Gelombang haba: 99 kes termasuk 1 kematian dilaporkan

SUNGAI PETANI – JKM cari maklumat kes buang bayi

Baling - Bayi derita tulang dagu mengecil

Monday, March 28, 2016
KPPHM Gesa Majlis Presiden Pakatan Harapan Lebih Pro-Aktif Hadapi Isu...
2) Mana-mana pemimpin parti komponen Pakatan Harapan tidak sewajarnya mendahului Majlis Presiden di dalam membuat kenyataan sehingga ia tidak mencermin dan memperlihatkan pendirian dan keputusan Majlis Presiden. Apa-apa jua kenyataan yang dikeluarkan mengenai sesuatu isu oleh mana-mana pemimpin di dalam parti komponen PH hendaklah dianggao sebagai pandangan peribadi pemimpin tersebut dan tidak dilihat mewakili pandangan dan pendirian Pakatan Harapan secara keseluruhannya kecuali ianya telah dibincang, disokong dan disahkan oleh Majlis Presiden.
3) Parti-parti komponen PH perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan. Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain. "Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) di kalangan ahli komponen PH perlu dihalakan ke arah mempertingkatkan kerjasama di kalangan komponen PH di dalam mengahadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.
Undi Yang Dipertua Dewan Penentu DUN Terengganu Jika 16-16
Intipati ucapan TUN M di "Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia" di Padang MPAJ Pandan Indah.
Pindaan AKTA 355 baru dalam peringkat penelitian & tak tahu bila akan dibentangkan - JAMIL KHIR
Air mata negeri Kedah
28 Mac 2016

Betulkah PAS Nak Saman Utusan.. atau sembang sahaja kerana Berita Harian sebelum nie tak saman pun..!!
Saya ingin menegaskan bahawa Utusan Malaysia melalui artikel “BERSATU TENTANG AGENDA DAP – HADI” yang disiarkan pada 22 Mac 2016 adalah laporan yang salah dan berniat jahat. Laporan yang ambil daripada ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS semasa menyampaikan ucapan semasa merasmikan Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Bandar Tun Razak.
Ada beberapa salah lapor yang bersifat fitnah dalam laporan artikel tersebut iaitu:
1. Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam supaya bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu yang berhasrat untuk memerintah negara ini.
2. DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus. DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi.
Tentang point tulisan pertama, ingin saya tegaskan di sini, Presiden PAS tidak pernah menyebut dalam ucapan beliau tentang seruan kepada umat Islam untuk bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu untuk memerintah negara.
Khazanah negara pupus jika pemimpin rasuah – Sultan Selangor

Aliran luar biasa dana ke akaun Najib - 'Four Corners'
