TERKINI :

Monday, February 22, 2016

‘Wawasan 2020 gagal sebab Tun M sendiri’

Tun Musa Hitam.

SHAH ALAM – Kesalahan diletakkan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya Wawasan 2020 yang dicetuskan ketika zaman pemerintahannya itu gagal dicapai.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendakwa, Tun Mahathir lupa bahawa jika Wawasan 2020 mahu dijayakan beliau perlu melatih pemimpin di semua peringkat terutamanya pemimpin politik.

“Adalah ironi Wawasan 2020 pasti gagal kerana Dr Mahathir sendiri. Sebijak mana pun beliau, Dr Mahathir lupa bahawa untuk berjaya beliau perlu melatih pemimpin dari semua peringkat terutamanya di kalangan pemimpin politik,” katanya pada majlis memperingati ulang tahun ke-113 Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman semalam, lapor Astro Awani.

Wawasan 2020 diumumkan oleh Tun Mahathir ketika membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991 yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Namun, menurut Musa rekod kepimpinan Tun Mahathir mempamerkan bekas perdana menteri itu telah menyingkirkan ramai pemimpin berpotensi dan hanya mengekalkan pengikut setia.

"Pengikut ini dilatih untuk berdedikasi dan setia kepada sesiapa yang duduk di bahagian paling atas.

“Prinsip itu mudah sahaja...mereka hanya perlu setia jika mahu terus 'hidup',” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam blognya berkata Wawasan 2020 mustahil untuk dicapai kerana Tun Mahathir gagal mengambil kira krisis kewangan apabila mencetuskan idea itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...