Pendapatan Melayu tercicir RM1 trilion berbanding kaum lain, kata MTEM


KUALA LUMPUR: Jumlah jurang pendapatan antara Melayu dengan kaum lain sudah mencecah RM1 trilion sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970.
Perkara itu didedahkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dalam mesyuarat agungnya di sini, hari ini
Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar, berkata jurang pendapatan antara Melayu dengan kaum lain bertambah secara konsisten sejak 42 tahun lalu, meskipun pelbagai dasar untuk membantu Bumiputera dilaksanakan.
“Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan ini jelas sekali menunjukkan pengagihan ekonomi masih lagi tidak saksama di negara ini, terutama membabitkan Bumiputera.
“Kita kena tangani masalah ini kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah lain. Aset Bumiputera juga adalah rendah berbanding Cina dan India,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mohd Nizam berkata, sebagai contohnya jurang pendapatan orang Melayu dengan kaum Cina adalah pada paras RM2,600 setahun pada tahun 1970.
Bagaimanapun, katanya, jumlah jurang pendapatan antara orang Melayu dan Cina bertambah kepada RM23,000 sebulan pada zaman sekarang.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/18/pendapatan-melayu-tercicir-rm1-trilion-dengan-kaum-lain-kata-mtem/#sthash.btOaTxn4.dpuf
No comments:
Post a Comment