TERKINI :

Sunday, February 7, 2016

Tun M cuba letak kesalahan beliau pada orang lain


SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad cuba meletakkan kesalahan beliau ke atas 'bahu orang lain' bagi menampakkan bahawa beliau tidak gagal terutama dalam Wawasan 2020.

Datuk Seri Salleh Said Keruak
Menerusi entri terbaharu di Blognya, Salleh berkata Mahathir sebelum ini yang mengatakan Malaysia tidak lagi dikagumi seperti mana sebelum ini dan ketika itu tiada siapa yang ragu dengan hasrat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Salleh berkata, kesilapan itu dilakukan oleh Mahathir sendiri sejak dari awal pelaksanaan wawasan itu lagi kerana beliau gagal mengambil kira krisis kewangan apabila mencetuskan idea itu, sambil menambah, kesilapan itu membuatkan rancangan itu kini mustahil direalisasikan.

"Dr Mahathir tidak mengambil kira kemungkinan itu pada masa itu dan sedekad kemudian pada 1997, ia berlaku sekali lagi.

"Rancangan itu dicadangkan untuk satu keadaan yang ideal, tetapi 1986 dan 1997 membuktikan, tidak ada situasi yang boleh dikatakan keadaan yang ideal.

"Jadi, Wawasan 2020 tidak lagi mungkin terjadi. Jadi, dia mahu mencari seseorang untuk dipersalahkan, daripada menerima hakikat dia yang salah dan rancangannya itu tidak benar-benar boleh dilaksanakan," katanya.

Mahathir sebelum ini pernah beberapa kali menyebut tentang kemungkinan Malaysia gagal merealisasikan Wawasan 2020, antaranya kerana kelemahan kepimpinan selain tidak meletakkan keutamaan wawasan itu pada tempatnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...