
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, akses ke laman portal The Malaysian Insider (TMI) disekat kerana menyiarkan satu artikel memetik sumber yang tidak dinamakan daripada anggota Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Salleh berkata, penyiaran artikel yang berkaitan isu membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh mengelirukan rakyat kerana bercanggah dengan kenyataan rasmi SPRM berkait isu sama.
"Ya, salah satu artikel memetik panel mengeluarkan beberapa kenyataan yang mengelirukan kerana bercanggah dengan kenyataan rasmi SPRM.
"Sumber itu pun tidak tahu daripada siapa. Itu akan mengelirukan masyarakat. Kita ambil tindakan dan buat siasatan.
"Sebab itu ketua polis negara keluar kenyataan hari ini panggil pengarang TMI," kata Salleh kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam, hari ini.
Salleh berkata, Putrajaya tidak mempunyai sebarang masalah dalam kebebasan bersuara namun mengingatkan terdapat undang-undang yang mengawalnya. – 26 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/tmi-disekat-kerana-siar-artikel-kritik-najib-kata-menteri-komunikasi#sthash.rzYVnDVE.dpuf
No comments:
Post a Comment