TERKINI :

Friday, February 5, 2016

“Tiga tahun lagi saya jadi EXCO” – Pembangkang DUN Kedah

kedah_pembangkang_600_2
PETALING JAYA: Simpati pembangkang terhadap bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan sekadar wayang politik bagi menguasai negeri itu.

Kolumnis Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar, berkata pembangkang sangat memahami situasi politik di Negeri Jelapang Padi dan konflik yang berlaku selama 15 hari menjejaskan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, pembangkang tidak pernah bersimpati dengan apa yang berlaku dalam UMNO, sebaliknya menganggap ia sebagai peluang keemasan untuk menguasai negeri berkenaan.

“Hakikat sebenarnya, pemimpin pembangkang sudah terbayang-bayang harapan cerah mereka untuk menguasai Kedah, sehingga seorang ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) pembangkang biar pun dalam nada bergurau berkata kepada wartawan, ‘tiga tahun lagi saya jadi EXCO’.

“Walaupun ia dianggap gurauan tetapi sebenarnya itulah yang pembangkang impikan,” katanya menerusi ruangan kolum dalam akhbar milik UMNO itu, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Kedah ke-12 bagi menggantikan Mukhriz yang hilang kepercayaan majoriti ADUN di negeri itu.

Rabu lalu, ADUN Pengkalan Kundur, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dipetik sebagai berkata, ada sesetengah ADUN pembangkang menyatakan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa mereka tidak menyokong Mukhriz dan bersetuju anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu disingkirkan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...