TERKINI :

Monday, February 15, 2016

Tiga lelaki dikehendaki bantu kes mahkamah Alor Setar

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki termasuk seorang warga India dikehendaki bagi membantu perbicaraan berhubung kes rasuah, di Mahkamah Seksyen Khas Rasuah Alor Setar, Kedah pada 24 Februari depan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini menyebut individu yang sedang dikesan ialah dua warga tempatan dikenali sebagai Muhammad Iqbal Fiezzrey Hasnal Ishak (No Kad Pengenalan: 879226-09-5065) dan Azmir Mohamed Kamal Ali (851211-02-6055).

Manakala seorang warga India dikenali sebagai Mohammed Imran Ali, pemegang pasport bernombor F 9715647, yang beralamat terakhir di Lorong Mahsuri 3, Kuah, Langkawi.

"Alamat terakhir bagi Iqbal dan Azmir masing-masing di No. 33, Aras 4, Apartment Casablanca, Langkawi dan No. 5202, Apartment Seri Lagenda, Jalan Penarak, Langkawi, Kedah," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, SPRM meminta ketiga-tiga individu terbabit atau mana-mana pihak mempunyai maklumat mengenai mereka agar menghubungi pegawai penyiasat Ps Azaha Lias dan PPs. Muhammad Nur Ikram Ali, masing-masing di talian 012-4905986 dan 012-4641216 atau emel azahalias@sprm.gov.my atau mnikram@sprm.gov.my. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...