TERKINI :

Thursday, February 18, 2016

Tiada yang lain melainkan hanyalah NAJIB sahaja puncanya..!!!

TIADA YANG LAIN MELAINKAN NAJIB

Sebenarnya tidaklah sukar mencari punca segala masalah dalam negara kita sekarang ini, ia terpulang sama ada kita  mahu memahami dan bersikap jujur dengan diri sendiri atau sengaja menutup pintu hati tentangnya.

Puncanya tidak lain melainkan hanya satu - Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Selagi kedua-duanya ada, selagi itulah semua masalah dalam negara sentiasa bertambah buruk dan sukar. Masalah yang diakibatkan oleh Najib kepada negara ini sudah terlalu berat untuk ditanggung dan dipulihkan, kecuali jika beliau dapat disingkirkan dengan seberapa segera.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah berulangkali menekankan perlunya Najib diundurkan daripada mentadbir negara ini demi harapan dan masa depan yang lebih baik, perasaan itu kini turut dikongsi secara terbuka oleh bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik untuk kita semua.

Kata bekas menteri itu, "kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia."

Yessss, itulah yang sebenar-benarnya.
Harus disedari juga, yang menyimpan perasaan sebegitu berjuta lagi di kalangan rakyat biasa. Malah dalam UMNO sendiri, perasaan itu tumbuh dan bercambah setiap hari.

Cuba kita renung di sebalik pelbagai isu dan tindakan yang diambil Najib sejak akhir-akhir ini, adakah keadaan menjadi bertambah baik atau sebaliknya?

Selepas memecat Gani Patail, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, adakah keadaan dalam negara tambah meyakinkan atau lebih buruk?

Selepas Zahid Hamidi dijadikan Timbalan Perdana Menteri, adakah gandingannya dengan Najib telah berjaya membawa sesuatu impak yang dilihat bermanfaat kepada rakyat dan negara?

Selepas majoriti pimpinan UMNO peringkat atasan menyatakan sokongan terhadap Najib, adakah ia disertai sama dengan keyakinan rakyat?

Selepas rasionalisasi hutang 1MDB yang kononnya telah berjaya dilaksanakan, berapa peratuskah rakyat yang yakin dan percaya?

Selepas Najib "dibersihkan" oleh Peguam Negara yang baru, Apandi Ali daripada sebarang pendakwaan di mahkamah, adakah Najib dilihat makin "putih" atau kian "hitam"?

Selepas Mukhriz Mahathir digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah, adakah sokongan rakyat terhadapnya atau kepada UMNO,  jadi bertambah?

Secara keseluruhannya, sejak tempoh setahun yang lalu misalnya, melalui beberapa tindakan drastik Najib, apakah ia benar-benar mendatangkan kebaikan kepada UMNO dan negara?

Cuba pertimbangkan pula kemungkinan ini - sekiranya tiba-tiba esok didapati Najib bukan lagi sebagai Perdana Menteri, berapa ramai rakyat yang melonjak gembira, menarik nafas lega dan sujud syukur kerananya?

Marilah kita bersikap jujur mulai sekarang, sama ada kita rakyat biasa yang hidup dengan keupayaan sendiri atau yang menjadikan dedak yang ditabur sebagai sumber rezeki. (SH 18/02/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...