TERKINI :

Sunday, February 14, 2016

Rafizi jawab bab duit beliau RM500,000 dalam Tabung Haji

DUIT RM500,000+ DALAM TABUNG HAJI


Saya sedia maklum pengumuman MARA mengenai pinjaman pendidikan bagi pelajar UniKL. Saya akan teliti dan beri maklumbalas selewat-lewatnya Isnin ini dan akan terus bela nasib pelajar-pelajar MARA.

Saya juga terharu akhirnya Najib Razak sendiri yang terpaksa menjawab mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji. Nampaknya anak-anak didik Ahmad Maslan gagal lagi.

Saya akan beri maklumbalas mengenai jawapan PM In Sya Allah esok.

Cuma saya nak jawab soalan paling biasa yang anak-anak didik Ahmad Maslan selalu tanya: kenapa saya belum keluarkan simpanan saya yang berjumlah RM500,000+ dari Tabung Haji?

JAWAPAN SAYA

1) Saya memang jarang semak baki di dalam Tabung Haji kerana ia simpanan hari tua yang patuh syariah. Memang setakat ini tidak ada niat untuk kacau simpanan itu.

2) Wang RM500,000+ itu adalah simpanan sepanjang saya berkhidmat di firma perakaunan di London, di PETRONAS dan di Pharmaniaga. Ia bukan derma dari sesiapa.

3) Salah satu risiko terbesar Tabung Haji ialah kerana 5% dari pendeposit mempunyai simpanan 75% dari keseluruhan deposit Tabung Haji. Ini bermakna 400,000 orang mempunyai jumlah simpanan sekitar RM45 bilion iaitu purata sekitar RM115,000 setiap seorang.

4) Jika saya mengeluarkan simpanan saya yang berjumlah RM500,000+ itu dan dengan kedudukan saya sebagai Ahli Parlimen, akauntan bertauliah dan berpengalaman di bidang kewangan, ia memberi isyarat bahawa Tabung Haji bukan lagi tempat yang selamat untuk membuat simpanan.

5) Sudah tentu pendeposit lain yang mempunyai simpanan yang besar akan memandang serius kepada isyarat itu. Ada kemungkinan besar ramai akan ikut serta dan mengeluarkan simpanan mereka juga.

6) Jika setiap hari 5,000 orang pendeposit yang mempunyai simpanan besar melebihi RM115,000 mengeluarkan simpanan, setiap hari Tabung Haji perlu mengeluarkan deposit RM575 juta untuk membayar pendeposit. Bayangkan jika perkara ini berlaku selama seminggu, minggu itu sahaja Tabung Haji akan kehilangan sekitar RM3 bilion.

7) Dalam tempoh 2-3 minggu jika ini tidak dapat dibendung, Tabung Haji mungkin berdepan masalah untuk membayar kerana semakin kekurangan wang tunai untuk membayar deposit.

8) Pada peringkat ini, sudah tentu Tabung Haji akan berhadapan dengan masalah yang serius dan nasib simpanan 8 juta pendeposit yang miskin terjejas.

KESIMPULAN

Saya yang sebenarnya berdepan dengan risiko kewangan kerana atas kedudukan saya sebagai Ahli Parlimen yang dikenali ramai, saya tidak banyak pilihan yang ada untuk mengurangkan risiko pelaburan saya.

Saya tidak boleh mengeluarkan simpanan saya tanpa risiko memberi isyarat yang Tabung Haji tidak lagi selamat (seperti yang saya nyatakan di atas).

Jika keuntungan Tabung Haji lemah dan ia terus terlibat di dalam pelaburan yang merugikan, simpanan hari tua RM500,000+ itu akan semakin mengecil dan lama-lama lebih rendah dari nilai simpanan asal.

Atas pertimbangan ini, tindakan saya ialah memastikan Tabung Haji mempunyai tata kelola pengurusan yang baik.

Cukuplah dengan taktik mengalih perhatian dan jawablah soalan-soalan yang saya dan Bank Negara timbulkan

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...