TERKINI :

Monday, February 1, 2016

Perlu tangani segera persepsi negatif rakyat Kedah


SHAH ALAM - Umno dan BN di Kedah perlu menangani segera persepsi negatif yang lahir dalam minda rakyat di negeri utara tanah air itu selepas melantik menteri besar baharu, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, walaupun sukar namun ia perlu dilakukan secara berterusan bagi menghapus persepsi negatif sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat Kedah terhadap Umno dan BN.

“Saya lihat perkara paling penting untuk mengubah persepsi masyarakat adalah setiap dasar dan perancangan perlu memberi keutamaan kepada agenda kebajikan rakyat.

“Walaupun mungkin sukar, ianya perlu dilakukan secara berterusan supaya rakyat dapat lihat keikhlasan dalam setiap perkara dan pendekatan yang ditunjukkan,” katanya.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, Umno khususnya tidak boleh sekadar ‘cakap-cakap’ sahaja tetapi perlu membuktikannya melalui perbuatan.

“Kalau bercakap sahaja tidak ada kesudahan. Apa yang penting Umno harus tunjuk dengan perjuangan dan sistem penyampaian yang baik untuk rakyat yakini.

“Semuanya itu bertujuan untuk rakyat membandingkan dengan apa yang tercatat dalam persepsi negatif di media sosial dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, andai pendekatan serius digunakan untuk menangani persepsi negatif itu, tidak mustahil BN meraih kemenangan baik pada PRU14.

“Seperti ditekankan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam mesyuarat MT, beliau berkata agenda rakyat harus diberi keutamaan oleh setiap pemimpin Umno terutama sekali wakil rakyat.

“Ini penting dan tidak boleh bermusim. Rakyat ingin melihat peminpin dipilih mereka itu menunjukkan kesungguhan memperjuangkan nasib rakyat,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...