TERKINI :

Monday, February 1, 2016

Penyokong Mukhriz Gantung "Banner" Dakwa Mudah Jumpa MB

Antara kain rentang menyokong Mukhriz yang digantung sekitar bandaraya ini.
ALOR SETAR - Pelbagai kain rentang yang menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat digantung di sekitar bandaraya ini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, kebanyakan kain rentang yang dipasang mempertikaikan mengapakah menteri besar itu harus ditukar sedangkan rakyat di negeri ini masih memerlukan khidmatnya.
Antara ayat yang ditulis pada kain rentang yang ditemui seperti ‘Rakyat Kedah masih memerlukan Datuk Seri Mukhriz’, ‘Rakyat Kedah sentiasa Bersamamu’ dan ‘BN menang PRU 13 pasai Mukhriz, tiba-tiba nak tukaq dia pulak’.
Selain itu, satu lagi kain rentang yang digantung di persimpangan di antara Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Gangsa ditulis ‘Sapa kata susah nak jumpa MB? Kami rakyat senang ja jumpa.
Sementara itu, difahamkan satu perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz sebagai menteri besar akan diadakan di Stadium Darulaman pada semalam.
Sumber: Sinar Harian

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...