TERKINI :

Sunday, February 28, 2016

Pemimpin berkualiti, bijak dan mesra rakyat, campak dimana pon tetap Hero Rakyat.

28 Februari 2016 | ARIF ATAN
Kawasan Parlimen Johor


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa secara terbuka mengakui sedia bertanding di Johor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang jika partinya tidak mengizinkan beliau berbuat demikian di Kelantan.

“Nasib saya rakyat yang tentukan. Bertanding di Johor, tak mengapa. Di mana-mana pun tidak mengapa. Keangkuhan pemimpin, kita jalan terus. Saya pernah berkorban bertanding di Putrajaya (pada PRU13 lalu).

“Saya belajar statistik. Cawangan Pas hanya tiga, macam mana nak menang tapi saya teruskan. Saya hanya berusaha naikkan mood,” katanya pada sesi dialog selepas Pidato Selamatkan Malaysia di Kulai, malam tadi.

Menghargai keprihatinan hadirin yang turut bertanyakan tentang masa depan politiknya di Kelantan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu ketawa ringkas apabila terdapat sorakan audiens menggesa beliau supaya bertanding atas tiket parti Amanah.

“Nasib saya di Kelantan… kalau Pas bersama (Umno) untuk menongkat kemungkaran, komitmen peribadi saya bersama pembangkang,” tegasnya.


Dalam reaksinya juga, Husam menggunakan contoh penggantian imam ketika solat berjemaah yang dilihat merujuk kepada situasi semasa kepimpinan Pas penuh kontroversi pada masa ini di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Dibenarkan pemimpin itu diganti. Imam uzur boleh ditegur. Orang di belakang imam boleh tegur. Kalau imam buat kesalahan berulang-kali, berundur lantik imam yang baru,” ujarnya di hadapan hampir 1,000 hadirin di dewan Hotel Creator.

Beliau bagaimanapun tetap berharap agar kecenderungan Pas berbaik-baik dengan Umno-BN akan berubah.

“Saya sentiasa doakan agar pimpinan kembali kepada landasan asal mengikut arus bersama rakyat. Balik kepada ‘kitab’ perjuangan yang asal. (Tapi) Kalau Pas tidak mahu berubah, kita jalan terus,” tegasnya sekali lagi.

Menjawab saranan seorang peserta program yang mahu supaya beliau menjadi Perdana Menteri sementara sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, Husam mendakwa dirinya tidak layak menduduki jawatan itu.

“Saya ini jadi menteri (macam) Ahmad Maslan, bolehlah,” ujarnya dalam nada bergurau serta mengakui kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya dengan mata sebelah kiri beliau kelihatan bengkak

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...