TERKINI :

Sunday, February 21, 2016

PAS setelah setengah tahun muktamar yang ke 61 dibawah pimpinan baru

 – Muammar Qaddafi 

Setelah lebih 7 bulan PAS dipimpin satu kepimpinan baharu yang majoritinya muka baru berlatar belakang pendidikan agama menggantikan tokoh profesional,tidak ada satu tindakan parti yang dilihat mampu berdepan Umno Barisan Nasional menjelang Pilihan raya Umum ke-14 (Pru14).

Bahkan walaupun lebih setengah tahun berlalu,satu kajian mendapati pemimpin muka baharu Pas majoritinya tidak dikenali ahli akar umbi dan rakyat kebanyakan.

Barisan kepimpinan profesional yang tersingkir sepenuhnya pada muktamar tahun lepas seperti Mohamad Sabu,Salahudin Ayub, Hanipa Maidin,Mazlan Aliman dan Khalid Samad lebih dikenali umum dan dikenang berbanding barisan baru kerana mereka adalah tokoh yang sentiasa di depan menjuarai rakyat.

Manakala tokoh seperti Mujahid Yusof Rawa dan Dr.Dzulkifly Ahmad pula adalah tokoh pemikir dan yang menghubungkan PAS dengan bukan Muslim turut digantikan dengan individu yang tidak berpengalaman.

Pimpinan baru juga tidak berusaha untuk menjadi lebih ke depan dengan muncul menjuarai dan membela isu rakyat sebaliknya mereka lebih gemar di depan dalam pertahankan sosok presiden mereka.

Jika adapun pemimpin yang dikenali dan selalu muncul di khalayak,namun mereka tidak ada “quality crowd puller”,iaitu kemampuan untuk menarik orang ramai menghadiri program dan ceramah penerangan mereka.

Tidak hairanlah kehadiran pada ceramah PAS akhir akhir ini lebih sedikit berbanding berlaku perubahan kepimpinan.

Jika diperhatikan,majoriti pimpinan baru adalah dalam kalangan pengikut tegar kepimpinan Datuk Abdul Hadi Awang saja.

Mereka bukanlah layak berdasarkan merit tetapi kelebihan berada dalam "kem kepimpinan ulama" melayakkan mereka menjadi pemimpin parti.

Bahkan ketua pemuda dan ketua penerangan lebih sinonim dengan mengetuai majlis tahlil dan baca yasin bukanlah sebagai pemimpin gerakan Islam yang progresif dan berfikiran jauh dalam merangka strategi parti.

Lujnah dalam PAS semacam tidak lagi wujud melainkan di atas kertas saja, program yang dilaksanakan dilihat tidak mampu melahirkan hasil yang mampu melonjakkan nama parti.

Pesuruhjaya PAS negeri juga ramai yang tidak ada karisma dan tidak dihormati oleh masyarakat, mereka juga dikatakan bukanlah naik ke jawatan itu kerana merit tetapi kerana mempunyai hubungan baik dengan presiden parti,pesuruhjaya negeri juga lebih banyak mengundang kontroversi melalui kenyataan mereka berbanding yang mampu bawa visi.

Ahli parti juga semakin keliru dan berbalah sesama sendiri akibat tidak faham kedudukan kerjasama dengan Umno, sebahagian ahli tegar PAS sendiri serba salah kerana masih sayangkan parti namun gelisah melihat hubungan baik PAS dan Umno akhir akhir ini.

Pengikut yang selama ini hidup dalam budaya konfrontasi dengan Umno kini dalam dilema dan mula ambil pendekatan merehatkan diri daripada perjuangan parti.

Walaupun PAS mendakwa memiliki jentera pilihan raya yang besar namun tidak ada bukti nyata jentera itu wujud memandangkan masih tiada pilihan raya pasca muktamar lepas.

Hakikatnya penggerak sebenar jentera sudah berhijrah ke Amanah,kepimpinan bawahan yang kuat bekerja menumbangkan Umno sejak puluhan tahun dahulu semestinya kecewa melihat situasi Pas sekarang seolah -olah usaha mereka dulu adalah sia- sia.

Kepimpinan bawahan yang masih kekal dalam PAS kebanyakannya tidak ada kualiti dan kemahiran dalam menggerakkan jentera.

Struktur organisasi pilihan raya pusat, negeri, kawasan juga dilihat bermasalah kerana pengerak yang memegang jawatan dalam struktur dilihat gagal dan tidak ada kemahiran mengurus tugas

Ironinya,walaupun kepimpinan baru adalah mereka yang satu cara fikrah,namun kenyataan umum dan media dilihat bercanggah sesama pimpinan,contohnya dalam hubungan dengan Umno dan sikap terhadap Amanah.

Pas dilihat tidak ada pendirian rasmi dalam isu isu besar yang melanda parti,yang ada hanyalah pandangan individu tertentu yang sering saling bercanggah.

Setengah tahun berlalu selepas muktamar,dan berbaki kurang 3 tahun berdepan PRU14, PAS perlu melakukan perubahan besar dalam gerak kerja politik mereka,selain hanya menumpukan serangan kebencian kepada Amanah dan Dap.

Sehari selepaa muktamar PAS dilihat bakal mencipta sejarah dan namun gayanya setelah setengah tahun berlalu, jika ini keadannya PAS hanya layak jadi parti sejarah.– 19 Februari, 2016.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pas-setelah-setengah-tahun-muktamar-muammar-qaddafi#sthash.Zc2yFoRQ.p7nsMGiw.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...