TERKINI :

Wednesday, February 10, 2016

PAS akan buat pengumuman penting Sabtu ini?

Takiyuddin-Hassan
PETALING JAYA: PAS dijangka mengumumkan satu keputusan yang mengejutkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada Sabtu ini.

Beberapa laman blog pro pembangkang seperti milik bekas Ketua Pengarang Mingguan Siasah, Mohd Sayuti Omar mendakwa, antara agenda dalam mesyuarat itu nanti adalah parti Islam itu akan bertanding sebanyak 22 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menjawab perkara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan mesyuarat yang diadakan itu merupakan mesyuarat bulanan biasa PAS Pusat setiap hari Sabtu pada setiap bulan.

“Setakat ini saya tak nampak apa-apa agenda khusus, benda biasa kita akan bincangkan program-program parti. Tidak ada agenda khusus,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan Mohd Sayuti berhubung perkara berkenaan, Takiyuddin memberitahu, sehingga kini PAS memutuskan untuk bertanding sebanyak 11 kerusi.

“Tidak ada perbincangan ke arah itu (bertanding di 22 kerusi). memang tidak ada. kita bincang secara umum sahaja Pilihan Raya Sarawak. Tidak ada pula bincang kerusi 22 itu. Ini satu benda yang baru bagi saya, saya pun baru dengar ini,” ujarnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...