TERKINI :

Sunday, February 7, 2016

Nasib baik bukan MAT SABU yang pakai pakaian seperti Dewa Sembahan Orang Cina

PAS SELANGOR TERDESAK MERAIH SOKONGAN ORANG CINA SEMPERNA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2016


Terdesaknya Pas untuk meraih sokongan undi daripada orang Tionghua sehingga sanggup meniru tatasusila serta kepercayaan orang-orang Cina beribadat dengan berpakaian laksana dewa-dewa sembahan orang Cina.

Meraikan orang-orang Cina semperna Tahun Baru Cina bukanlah suatu kesalahan kerana ia adalah perayaan budaya orang Cina sejak zaman berzaman tetapi meniru tatasusila serta berpakaian seperti Dewa sembahan orang Cina mendapat pertikaian orang ramai.

Nabi s.a.w melarang umat Islam meniru tatasusila orang bukan Islam, antaranya sabda Nabi s.a.w:

"Bukan tergolong dari kalangan kami siapa yang menyerupai selain kami (iaitu orang kafir)." (Hasan Al-Tirmizi)

Nabi juga bersabda: “Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong daripada mereka.”(Sahih Ahmad).

Apa agaknya yang akan di jadikan kenyataan Majlis Syura Ulama Pas berhubung peristiwa ini. Adakah mereka akan menghalalkan tindak tanduk Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Selangor YB Mohd Khairudin Othman.?

Admin
~UAA SUPPORTERS






No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...