TERKINI :

Tuesday, February 2, 2016

Nak tukar MB Kedah, 'jenguklah' Pahang dulu

Khairuddin Abu Hassan

PUTRAJAYA - Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa,‎ pihak yang ingin menukar Menteri Besar Kedah harus melihat pimpinan di Pahang terlebih dahulu.

Khairuddin berkata, berbanding di Kedah keadaan di Pahang lebih bermasalah.

"Saya nak tanya Presiden Umno, kalau nak cakap soal pertukaran MB tengok dululah negeri beliau di Pahang. Pelbagai isu sedang menyelubungi Pahang, kenapa tak pertikai?

"Keadaan politik di Kedah cukup aman damai dan tenteram. Bukan sahaja rakyat jelata, orang Pas juga sayangkan (Datuk Seri) Mukhriz (Tun Dr Mahathir)," katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini.

Menggulas lanjut, Khairuddin berkata tiada sebarang alasan yang kukuh untuk 'membuang' Mukhriz sebagai Menteri Besar.

"Apa alasan mereka nak tukar Mukhriz? Bagi saya tidak ada alasan langsung. Kalau nak kata Kedah dalam dilema mungkin mereka boleh bertindak sedemikian, tapi ini tidak berlaku.

"Tapi saya bersyukur hampir dua minggu kes pertukaran MB Kedah ini berlangsung dan dengan kuasa ALLAH sehingga hari ini, mereka yang terlibat masih gagal untuk berbuat demikian," katanya.

Sebelum ini, Mukhriz terus menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Umno Kedah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...