TERKINI :

Monday, February 1, 2016

Mereka Yang Tidak Malu - Apabila Tok Iman seleweng duit masjid..!!

Cikgu Ghani Abd Ghani

MEREKA YANG TIDAK MALU


Semasa menjadi setiausaha masjid dulu,saya mendengar kisah dua orang imam yg meletak jawatan.Imam yg pertama meletak jawatan kerana seorang anak qariah bercerita dia nampak seorang dari luar qariah memberi sejumlah duit kepada imam itu,tetapi bila ditanya bendahari,wang tersebut tidak pun di masuk dalam akaun masjid. Cerita ini belengar di kalangan anak qariah,hinggalah sampai ke pengetahuan imam.Beliau terasa malu dituduh menyeleweng duit masjid lalu meletakkan jawatan imam. Bila disiasat,sebenarnya wang yg disebut di serah kpd imam itu adalah wang zakat orang tersebut yg diwakilkan kpd imam untuk dibahagi kpd asnaf dlm qariah itu,jd tidak perlu masuk akaun masjid kerana bukan di serah kpd masjid.

Seorang lagi imam juga meletak jawatan kerana bendahari masjid telah menyalahgunakan wang masjid,menipu imam dlm dlm pengeluaran wang dan diguna untuk pelaburan.Imam ini terasa bertanggungjawab pada kelemahan pentadbirannya lalu meletak jawatan.

Malu itu separuh dari iman,siapa tak malu,hilang imannya.Bila iman dicabut,manusia sudah tidak punya rasa malu dan melakukan apa saja.

Mereka yg mempunyai iman yg kukuh,tidak akan sanggup menanggung malu,biarlah ia hilang jawatan,hilang kuasa,tercemar maruah .Tuduhan sahaja sedangkan tidak benar pun dah terasa malu,sedangkan dia boleh menjelaskan.Tetapi ada orang bukan sahaja dituduh, bahkan dibuktikan.Masih tak mau letak jawatan.Ada orang sampai disuruh letak jawatan pun tak mau letak juga.Hakikatnya mereka ini tidak ada rasa malu,mungkin separuh iman mereka juga telah hilang seperti disebut nabi.

Bila kita memimpin satu organisasi,kita memegang amanah sepenuhnya,terutama yg berada di puncak kuasa.Sebarang kelemahan orang bawah kita,juga menjadi tanggungjawab pemimpin yg di atas. Sebab itu imam yg kedua yg di cerita diatas meletak jawatan kerana kelemahannya dlm mentadbir, mengawal pegawai di bawahnya. Dia mengambil tanggungjawab atas kesalahan itu.Pemimpin di Korea dan Jepun amat terkenal dg sikap ini, contoh bila keretapi berlanggar, menteri pengangkutannya meletak jawatan kerana dia rasa bertanggungjawab,pada hal bukan dia yg bawa keretapi,mengawal trafik keretapi.Tapi ada pemimpin yg menterinya seleweng ,salahguna kuasa,salahguna wang bahkan dia sendiri pun dituduh menyalahgunakan kuasa,harta negara,kapal terbang bagi bini shopping, sikit pun tak terasa bertanggungjawab.Tebal muka melahap harta negara,sedikit pun tak terasa bersalah.

Ada pemimpin organisasi sukan yg tewas cara memalukan masih nak berakar di kerusi presiden persatuan, ada menteri yg di bukti membelanjakan duit anak yatim cara yg tidak sepatutnya,masih memeluk erat jawatan menteri, bahkan tidak sekelumit merasa bersalah.Bahkan ada ceo organisasi kewangan awam yg ditunjukkan bukti rizab kewangan yg hampir kering,tidak menjawab dakwaan,sebaliknya lebih cenderung nak mendakwa orang yg meminta penjelasan.Hanya di Malaysia,siapa minta penjelasan, siapa bertanya,ia akan disiasat,masuk lokap semalam dua.Sudah sudahlah.Jika kita gagal memimpin,beri orang lain pula memimpin supaya masyarakat sejahtera.

Bandingkanlah antara imam imam ini dg sebahagian pemimpin negara.Mereka yg beriman lebih memilih kehidupan akhirat dari merebut kehidupan dunia,mereka lebih senang melepaskan dunia ini dari genggaman kerana berkuasa bukan jaminan takwa, demi mempertahankan iman.Ketika kebanyakan pemimpin, disuruh turun pun tak mau turun,lagi didesak lagi dia berkeras,merasuah sebahagian rakyat agar ia terus berkuasa,bermatian mempertahan kuasa,mereka yg beriman dengan rela hati mengundur diri menolak utk berkuasa.Kepada sebahagian rakyat yg menyokong pemimpin yg menyeleweng,ingatlah anda menumpang secawan kopi dari isi neraka.Janganlah kerana ia dari parti yg kita sertai,maka apa yg dibuat pemimpinnya betul belaka,tidak boleh dikata tidak,hitam dikata putih, hingga najis yg terbit dari dubur pun dikata bijih.

Malu lah, kerana ia sebahagian iman,bertanggungjawablah kerana ia suatu amanah.Marilah kita menegak kebenaran,dan kebenaran itu memang pahit.Perjuang kita di dunia ini bukan kerana mempertahan kumpulan,parti,tetapi perjuangan kita di dunia ini kerana menegak kebenaran..

Wallahu a'lam.

abdghaniharon

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...