TERKINI :

Wednesday, February 17, 2016

"Mengapa Kami Pilih AMANAH..." - Dr Sulaiman Mohd Nor

Pas terbelakang, ahli akademik pilih Amanah


Tidak dapat menerima kepincangan pendirian politik Pas mutakhir ini yang hanya merencatkan keampuhan blok pembangkang, bekas pensyarah di universiti awam, Dr Sulaiman Mohd Nor mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurutnya, tindakan Pas keluar dari Pakatan Rakyat pada tahun lalu sehingga memusnahkan gabungan parti pembangkang itu akan menyukarkan usaha rakyat untuk mencapai sistem dwi-parti.

“Kajian yang dibuat Umcedel (Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya)selepas PRU13 mendapati bahawa suara rakyat bertambah kuat dengan peningkatan jumlah MP (Ahli Parlimen) atau Adun Pakatan Rakyat ketika itu.

“Saya amat percaya negara memerlukan sistem dwi-parti agar yang betul-betul mendapat faedah adalah rakyat. Pemerintah hanya dipilih mengurus, bukan menjadi tuan.

“Namun apabila Pas keluar dari PR (Pakatan Rakyat), itu adalah tindakan ke belakang. Saya bersama Amanah kerana ingin mengukuh PH (Pakatan Harapan) agar sistem dwi-parti betul-betul dapat tercapai demi faedah dan nikmat sebenar kepada generasi akan datang,” ujar bekas pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai itu ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Menafikan tohmahan kononnya Amanah yang ditubuhkan pada 16 September tahun lalu itu mengkhianati perjuangan Islam, beliau berkata, Amanah ialah sebuah parti politik yang berusaha memartabatkan Islam sebagai dasar perjuangan.

“Amanah tidak khianati perjuangan Islam. Konsep biar Melayu Islam memerintah, walaupun rasuah, kita tentang. Budaya menakut-nakutkan Melayu kononnya Cina akan memerintah, juga kita tak terima.

“Islam menyeru kita menegakkan keadilan, walaupun terhadap musuh kita,” tambahnya lagi yang berkhidmat selama 32 tahun dalam dunia akademik sebelum bersara pada Disember 2014.

Kelmarin, Dr Sulaiman antara lima ahli akademik serta seorang lagi bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) secara rasmi mengumumkan menyertai Amanah. -MD

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...